LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN 2012 – AKAN DATANG
Tahun 2012 kita pasti akan meriahkan SMK Putatan dengan aktiviti kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan. Tahun ketiga ini akan hadir dengan beberapa siri perubahan, mengambil kira kekangan logistik dan perubahan dan kehilangan beberapa orang guru yang komited sepanjang dua tahun liga ini berlangsung.
Apakah perubahan itu? Pengumumannya hanya akan dibuat selepas mesyuarat pertama dapat dijalankan.
Kepada pelajar-pelajar yang benar-benar ingin melibatkan diri dalam kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan ini, bersedialah dengan kasut bola, shinguard, dan juga stamina anda. Kami akan menunggu anda dipadang.
DENGAN INI, WISEL TENDANG MULA DITIUPKAN. PRRIIIIITTTT!!!
Upacara Penyampaian Sijil Penghargaan
Pada hari Isnin lepas, 1 Ogos 2011, satu upacara ringkas penyampaian sijil penyertaan dan Sijil Penghargaan telah dijalankan dalam Perhimpunan Mingguan. Ia telah disempurnakan oleh Puan Pengetua, Hjh. A’zah Hj. Ismail, dengan iringan Adik Muhazir Jafar, selaku Pengerusi Kelab Bola Sepak SMK Putatan dan pengacara majlis oleh En. Rithuwan Nasir, Guru Penasihat Kelab Bola Sepak. Sesuai dengan moto dan prinsip kelab kami, “Bola sepak membina watak”, kami memberi peluang kepada Pengerusi Kelab (pelajar) untuk menyampaikan Sijil Penghargaan khas kepada Puan Pengetua, bagi mewakili Guru Penasihat dan ahli kelab, serta semua pelajar yang turut terlibat dalam Kejohanan tahun ini, Liga Bola Sepak SMK Putatan : Piala Pengetua, baik ahli kelab bola sepak sendiri mahupun bukan ahli kelab bola sepak. Berikut adalah koleksi gambar yang sempat dirakamkan dalam majlis ringkas tersebut.
- Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Penaja Piala Pusingan, Puan Pengetua sendiri
- Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua Pengadil Pertandingan Liga SMK Putatan, Cikgu Christopher
- Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengurus Wonder Boys FC, Cikgu Wan Aziz
- Penyampaian Sijil Penyertaan & Sijil Kejuaraan kepada Kapten Dormkids FC, Adik Azman Suleman
- Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengurus Warriors FC, Cikgu Isma Zailani
- Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengurus Galaxy FC, Cikgu Ridzuan Joikul
- Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengurus Kejohanan Liga SMK Putatan, Cikgu Rithuwan
NOTA : Gambar Pengurus Daredevils FC, Achievers FC dan Glory FC tidak ada kerana kebetulannya mereka bercuti rehat/sakit.
JUARA LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN MUSIM 2011
Kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan telah melabuhkan tirainya. Musim kedua telah tamat dan tibalah masanya kita mengisytiharkan juara bagi musim 2011.
Berikut diumumkan bahawa JUARA LIGA Piala Pusingan Puan pengetua Hjh Azah Hj Ismail, bagi musim kedua (2011) ialah:
GALAXY FC!!!!
Tahniah kepada pasukan Galaxy di atas kejayaan tersebut.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Naib Juara Liga bagi musim 2011 ini pula jatuh kepada:
DORMKIDS FC!!!
Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Dormkids. Ini merupakan tahun kedua
Dormkids menyandang Naib Juara Liga.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Tempat Ketiga Liga bagi musim 2011 ini pula jatuh kepada:
WARRIORS FC!!!
Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Warriors. Pastinya semangat juang anda di dalam padang, bersemangat kenal dan pantang menyerah kalah, amat dikagumi. Tahniah sekali lagi.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Keputusan keseluruhan kejohanan bolehlah dirujuk di sini.
Selesailah sudah Liga Bola Sepak SMK Putatan musim kedua, dan tahniah diucapkan kepada semua pemain liga, atau juga dikenali sebagai ‘budak bola’.
Jangan putus asa, musim kedua bakal menjelang tahun 2012. Mungkinkah persaingan sengit akan lebih terserlah? Kita sama-sama tunggu.
This slideshow requires JavaScript.
- Liga Bola Sepak SMK Putatan – Cikgu Ridzuan menerima Piala Kemenangan dari Cikgu Rithuwan
- Liga Bola Sepak SMK Putatan – Galaxy FC dengan Piala Pengetua yang dimenangi 2011
- Liga Bola Sepak SMK Putatan – Galaxy FC 2011
- Liga Bola Sepak SMK Putatan – Dormkids FC 2011
- Liga Bola Sepak SMK Putatan – Warriors FC 2011
Venue Perlawanan Akhir Liga Bola sepak SMK Putatan 2011
Berita tak gembira !!!
Pihak penganjur tidak dapat MENEMPAH padang bola sepak di Stadium Penampang pada tarikh dikehendaki kerana tempahan penggunaan padang di stadium tersebut telah penuh sepanjang bulan Jun mahupun Julai.
Cikgu Rithuwan telah pergi ke Kompleks Sukan Penampang pada 2hb Jun 2011 untuk membuat tempahan. Malangnya apabila diperiksa jadual tempahan, tidak ada hari yang dapat diberikan kepada pihak sekolah. Penggunaan Stadium Penampang adalah padat di mana ada beberapa buah sekolah telah menempah untuk menganjurkan kejohanan olahraga sekolah masing-masing, disamping perlawanan bola sepak Piala Presiden musim 2011.
Oleh itu, pihak penganjur memohon maaf kepada semua pemain liga kerana tidak dapat memenuhi perancangan asal kejohanan. Insyaallah, kita akan cuba tahun hadapan.
Buat ketika ini, pihak penganjur terpaksa mencari alternatif venue secepat mungkin. Beberapa pendapat telah diberikan oleh pengurus pasukan yang telah dihubungi seperti Cikgu Ridzuan Joikul, Pengurus Galaxy dan Cikgu Samsudin Tjaga, pengurus pasukan Dormkids, yang akan bertarung untuk menjulang Piala Pengetua SMK Putatan menjelang minggu pertama persekolahan Semester Dua.
Apa-apapun, pesanan kami, pasukan hendaklah bersedia termasuklah mengadakan latihan intensif sebelum 13hb. Jun ini.
Keputusan Peringkat Separuh Akhir
RINGKAS :
Peringkat Separuh Akhir 1 : -
Wonder Boys FC lawan Galaxy FC : 0 -2 (Galaxy ke Peringkat Akhir)
Peringkat Separuh Akhir 2 :-
Dormkids FC lawan Warriors FC : 3 – 1 (Dormkids ke Peringkat Akhir)
KEPUTUSAN LIGA SMK PUTATAN 2011 PERINGKAT KUMPULAN
JADUAL KEDUDUKAN PASUKAN PERINGKAT KUMPULAN
Keputusan rasmi Peringkat Kumpulan :
Juara Kumpulan A :
Wonder Boys FC
Pengurus : En. Wan Aziz
Naib Juara Kumpulan A :
Warriors FC
Pengurus : En. Isma Alif
Juara Kumpulan B :
S.A.T.U. FC
Pengurus : En. Yahya Abas
Naib Juara Kumpulan B :
Dormkids FC
Pengurus : En. Shamsudin Tjaga
Nota : Pasukan SATU (Staff and Teachers United) FC tidak akan ke peringkat separuh akhir dan akhir seperti mana ditetapkan dalam syarat penyertaan.
Untuk ke peringkat separuh akhir, Dormkids FC mengambil alih tempat SATU FC sebagai juara Kumpulan B dan Galaxy FC mengambil tempat Dormkids sebagai Naib Juara Kumpulan B.
Keempat-empat pasukan disarankan mengambil peluang 2 minggu rehat ini untuk memantapkan pasukan masing-masing sebelum bertemu dalam perlawanan peringkat separuh akhir:
Wonder Boys FC melawan Galaxy FC
Warriors FC melawan Dormkids FC
Tarikh : akan diumumkan kemudian, tertakluk kepada keputusan penganjur.
keputusan rasmi disediakan oleh,
(RITHUWAN BIN NASIR)
PENGANJUR DAN PENYELARAS
KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN PIALA PENGETUA
Memperkenalkan pasukan baru Glory FC
Kami mengambil kesempatan memperkenalkan pasukan baru musim 2011 ini iaitu SMK Putata Glory FC atau akan dikenali sebagai GLORY FC.
Setelah beberapa minggu didiamkan, maka hari ini kami ingin memperkenalkan juga logo rasmi pasukan Glory FC.
Seperti juga logo atau lencana/emblem pasukan lain di dalam Liga SMK Putatan ini, ianya dicipta oleh Cikgu Rithuwan Nasir. Semuanya adalah hadiah untuk pelajar semua.
Kepada semua pemain Glory FC, selamat maju jaya.
Kepada rakan saya, Cikgu Emyrendra, terima kasih atas kerjasama anda. Saya tahu anda mampu membawa pasukan ini ke mercu kejayaan.
Yang ini pula adalah gambar yang ‘FUN’
Piala Sumbangsih pemula Liga : Wonder Boys FC menentang Dormkids FC
Pada tarikh13hb April 2011 baru-baru ini, perlawanan pembukaan tirai musim 2011 telah berjaya dijalankan di padang bola sepak SMK Putatan.
Buat julung-julung kalinya, pertemuan dua pasukan terhandal SMK Putatan iaitu SMKP Wonder Boys FC, penyandang juara liga musim 2010, dan SMKP Dormkids FC, naib juara liga musim 2010, untuk merebut Piala Sumbangsih SMK Putatan yang disumbangkan oleh penganjur dan pengurus-pengurus pasukan.
Perlawanan berlangsung pada pukul 3:30 petang dalam keadaan cuaca hujan turun renyai-renyai. Padang yang becak tidak menghalang perlawanan berlangsung dengan perlawanan yang seimbang. Serang menyerang beredar antara kedua-dua pasukan dengan menyaksikan kedua-dua pasukan kerap melakukan ‘counter attack’.
Pemain Wonder boys banyak melakukan umpanan ke kotak penalti tetapi gagal mendapatkan sebarang jaringan.Peluang terbaik berjaya diperolehi pada separuh masa kedua tetapi sekali lagi gagal membuahkan hasil. Dormkids hampir mendahului satu gol di separuh masa kedua tetapi malangnya percubaan itu dibatalkan kerana perangkap ofsaid.
Perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan. Juara Piala Sumbangsih terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Hasilnya, Wonder Boys FC mengungguli perlawana apabila berjaya menjaringkan 3 gol penalti berbanding 2 gol penalti dari Dormkids. Sekaligus Wonder Boys FC menjadi juara sulung Piala Sumbangsih yang mula diperkenalkan tahun ini.
Tahniah kepada pengurus pasukan Wonder Boys FC, En. Wan Aziz Wan Hamat serta anak-anak buahnya.
0 – 0 
(3 – 2) penalti
-
Sepak Mula Musim kedua Liga SMK Putatan
Sementara menanti perlawanan musim 2011, kita having fun dulu.

Wah!!! WB FC punya logo memang mantap siot.
Aik, lukisan dinding asrama ni tak siap lagi.

Billboard dah pasang dah. Kamu semua boleh nampak billboard ni di atas bangunan One Place, Putatan. Macamana? Wonderboys FC dah ready ke menentang Dormkids FC?

Billboard dah siap, tapi tempahan Logo Liga belum siap lagi. Harap-harap gadis ni dapat siapkan sebelum 25hb Mac, 2011.
PERUBAHAN FORMAT KEJOHANAN LIGA SMK PUTATAN 2011
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Nampaknya perancangan perlaksanaan kejohanan liga dalaman sekolah kita semakin mencabar. Kesesakan jadual ko-kurikulum dengan aktiviti sukan 1M1S utama turut merencat penjadualan kejohanan ini. Ditambah lagi bulan Puasa dijangka bermula di minggu akhir bulan Julai, maka kejohanan kali ini mesti ditamatkan sebelum pertengahan Julai.
Mengambil kira pengalaman tahun lepas, beberapa perkara perlu dinyatakan di sini yang melibatkan pemain, pasukan dan sebagainya. Antara perkara penting ialah:
- Pemain lebih suka bermain antara hari Isnin hingga Jumaat. Ada penonton kata sesetengah mereka. Sesetengah pemain sengaja tidak hadir bermain pada hari Sabtu.
- Ada sesetengah pemain tidak komited dengan pasukan. Jika pasukan kalah, mereka mula tidak hadirkan diri. Malu barangkali.
Bagaimanakah kami boleh menangani perkara ini dan memuaskan hati semua pihak? Itulah yang perlu difikirkan.
Apa yang pasti, tahun 2011 ini masih memungkinkan jadual kejohanan turut dijalankan pada hari Sabtu pagi dan petang untuk membolehkan ia dilengkapkan dalam tempoh yang dirancang. Juga pemain haruslah ingat mana-mana perlawanan, baik sukan mahupun perkara lain, akan ada yang menang dan ada yang kalah.
Dalam dunia sukan, sepatutnya semangat berpasukan dan setiakawan dikekalkan di dalam pasukan masing-masing. Pemain harus mula memupuk nilai-nilai seperti bertanggungjawab, komited terhadap pasukan, tabah, setia dan banyak lagi. Jatuh bangun pasukan adalah tugas dan hak bersama. Kikis perasaan malu atau menjauhkan diri, ataupun hanya ingin yang hebat tetapi bila gagal, menjauhkan diri dan mengelak dari bertanggungjawab. Bola sepak bukanlah tempatnya untuk individu seperti itu.
Baiklah, kembali kepada topik utama, format kejohanan. Secara kasarnya kejohanan kali ini melibatkan dua peringkat pertandingan.
- Peringkat 1 – Perlawanan ’round robin’ satu kumpulan liga.
- Peringkat 2 – Perlawanan separuh akhir dan akhir.
Peringkat 1 melibatkan semua pasukan berdaftar.Dengan kata lain semua pasukan akan berpeluang menentang semua pasukan lain tanpa pengecualian. Kemungkinan besar 1 atau 2 pasukan baru akan ditubuhkan dan turut serta dalam kejohanan ini , tertakluk kepada keputusan akhir pengelola dan penganjur kejohanan. Di sini, perlawanan liga 1 pusingan akan dilaksanakan setiap hari Isnin, Selasa ataupun Sabtu. Hari-hari seperti Rabu, Khamis dan Jumaat TIDAK dibenarkan penggunaan padang kerana program 1M1S dijalankan. Jadual penuh akan dibentangkan kemudian. Juara dan naib-juara liga peringkat 1 akan tetap diumumkan dan berkemungkinan mendapat hadiah, tetapi juara keseluruhan liga hanya diketahui dalam peringkat 2.
Peringkat 2 merupakan pertandingan separuh akhir 1 dan 2 dan juga perlawanan akhir untuk merebut Piala Pengetua SMK Putatan. Keempat-empat pasukan yang terlibat harus membuat cabutan undi untuk menentukan pasukan yang berjumpa di pusingan separuh akhir. Pemenang pusingan separuh akhir 1 dan 2 akan bertemu dalam pusingan akhir. Juara dan naib juara keseluruhan akan diumumkan.
Secara kasarnya, buat pengetahuan pembaca, jika lapan pasukan turut serta dalam kejohanan ini, maka penjadualan akan melibatkan 28 perlawanan peringkat 1 dan 3 perlawanan peringkat 2. Keseluruhannya, ada 31 perlawanan yang perlu dikendalikan oleh pihak kami dengan sebaik mungkin.
Sekian harap maklum.
Tulisan Cikgu Rithuwan
Penganjur dan pengelola kejohanan,
merangkap pengurus kejohanan
Liga Bola sepak SMK Putatan






















Recent Comments