Archive

Archive for April, 2010

PENGURUS WOLVES YAKIN

April 30, 2010 3 comments

Sehari selepas  perlawanan Wolves menentang Wonder Boys, kami telah menemuramah pengurus pasukan Wolves, En. Khairul, tentang pendapat beliau mengenai pasukan kendaliannya. 

Dia menjawab dengan penuh yakin “Orang yang selalu kalah, bila menang, kemenangan itu akan berterusan.” Dia juga menambah “Kami akan cuba dengan sedaya upaya untuk mencari kemenangan dalam perlawanan seterusnya.”

Ucapan terima kasih ditujukan kepada pengurus pasukan Wolves kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

“WOLVES MENYERANG DENGAN GARANG !!!”

GALAXY HILANG BISA

April 29, 2010 1 comment

2 – 0

-

Perlawanan Galaxy menentang Achievers menyaksikan pemain Galaxy hilang bisa mereka kerana tidak dapat mengekalkan prestasi mereka seperti minggu lalu. Galaxy hanya mampu menjaringkan dua gol menentang Achievers, yang minggu lalu dibenam oleh Wonder Boys. Achievers pula berjuang dengan penuh semangat. Kelihatan permainan Achievers lebih tersusun dan terkawal berbanding perlawanan terdahulu. Walaupun begitu, pengurus pasukan Achievers  tidak hadir kerana beberapa sebab yang memaksanya meninggalkan pasukannya berjuang dengan sendiri. Walaupun begitu, pengurus pasukan Dormkids, En. Shamsudin Tjaga dengan sukarelanya menjadi penganti pengurus dan meningkatkan semangat pemain-pemain Achievers.

Perlawanan antara Galaxy dengan Achievers telah menurunkan tempo sedikit berbanding perlawanan yang sebelum ini mungkin kerana keadaan padang yang basah dan berlumpur, walaupun hujan belum turun berbanding dua hari sebelumnya.

Pada permulaan perlawanan, kedua-dua pasukan berjaya mencipta beberapa peluang tetapi gagal disebabkan oleh kecekapan penjaga gol masing-masing yang berpengalaman.  Gol pertama yang dijaringkan di dalam petak penalti oleh Mohd. Sharil Zairie berlangsung pada saat-saat akhir separuh pertama. Separuh masa pertama diakhiri dengan Galaxy dihadapan dengan jaringan 1-0.

Separuh masa kedua bermula dengan tempo permainan yang sama. Barisan pertahanan Achievers semakin mantap kerana mereka telah menghalang penyerang Galaxy mendapat satu lagi jaringan yang sepatutnya masuk. Namun, barisan pertahanan Achievers masih tidak cukup kuat untuk menghalang sepenuhnya penyerang Galaxy kerana dengan satu kesilapan mereka telah ditembus dan satu lagi jaringan daripada Mohd. Sharil Zairie bagi Galaxy.

Keputusan rasmi perlawanan, Galaxy 2 – 0 Achievers.

-

Categories: LAPORAN PERLAWANAN

WONDER BOY BERJAYA MELAKUKANNYA SEKALI LAGI

April 28, 2010 1 comment

1 – 5

-

Wonder Boys telah memperoleh kemenangan kedua mereka setelah berjaya menumpaskan Wolves dengan jaringan 5-1.  Sekali lagi, perlawanan ke-2 pada minggu ke-2 Liga Piala Pengetua SMK Putatan,  berlangsung dalam keadaan cuaca hujan.  Keadaan padang telah menyebabkan tempo perlawanan menjadi lebih perlahan.

Hanya selepas beberapa minit perlawanan bermula Wonder Boys telah berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan oleh Zaid, dari dalam sebelah kiri kotak penalti, mengatasi penjaga gawang Wolves. Wolves berjaya mencipta peluang untuk mengejar Wonder Boys melalui percubaan dari Azanuddin, tetapi berjaya dikekang oleh penjaga gawang Wonder Boys. Wolves mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan sekali lagi melalui peluang yang dicipta oleh Fuadi namun gagal untuk menyempurnakan gol tersebut.

Gol kedua Wonder Boys muncul melalui jaringan Hafizuddin dari  sebelah kanan kotak penalti. Wolves melakukan serangan balas dan berjaya mencipta beberapa peluang, malangnya gagal disempurnakan oleh penyerang Wolves. Peluang terbaik Wolves tiba pada saat-saat terakhir separuh masa pertama melalui hantaran lintang Azanuddin kepada Aziman, tetapi sekali lagi gagal untuk menyumbat gol melepasi penjaga gol Wonder Boys. Separuh masa pertama berakhir dengan Wonder Boys dihadapan dengan jaringan 2-0.

Setelah bermulanya separuh masa ke-2, Wolves telah berjaya menjaringkan gol melalui sepakan Azanuddin dari luar sebelah kanan kotak penalti. Tetapi, pertahanan selekeh dari Wolves menyebabkan gol pertama mereka menjadi bayang-bayang kerana gol ke-3 Wonder Boys daripada Aznil Herman. Wonder Boys telah membazirkan peluang mencari gol ke-4 sebanyak dua kali berturut-turut selepas tendangan pemain Wonder Boys terkena tiang dan Zaid gagal untuk menanduk bola masuk melepasi gawang yang tidak dijaga.

Wolves mencipta peluang keemasan untuk bangkit semula tetapi sepakan Shahijan tersasar ke sebelah kiri palang gol. Zaid sekali lagi menjaringkan gol untuk pasukannya akibat kesilapan pemain pertahanan Wolves. Wolves cuba untuk mengejar melalui sepakan sudut yang diterima, tetapi gagal  membuahkan hasil . Pertahanan Wolves sekali lagi gagal untuk menghalang gol dari serangan Wonder Boys yang di sempurnakan oleh Zaid.

Zaid Hanafi, penjaring Wonder Boys yang berjaya mencipta ‘Hat-trick’, dilayangkan kad kuning oleh pengadil, En. Shamsudin Tjaga, kerana menanggalkan jersey semasa perlawanan berlangsung.

Keputusan rasmi perlawanan, Wolves 1 – 5 Wonder Boys.

DAREDEVIL MENGIKAT DORMKIDS 1 – 1

April 27, 2010 Leave a comment

1 – 1

Perlawanan pertama minggu kedua menyaksikan persaingan sengit antara Daredevil dengan Dormkids. Walaupun perlawanan berlangsung dalam keadaan cuaca hujan  namun ia tidak menghalang kedua-dua pasukan ini beraksi dengan lincah. Kemungkinan hujan yang turun juga merupakan hujan rahmat kerana kedua-dua pasukan nampak bersemangat dan bersungguh-sungguh cuba memenangi perlawanan pada petang tadi.

Jaringan pertama muncul pada minit ke-8 oleh Sharin Podding (14) dari Dormkids. Jaringan tersebut tercipta melalui umpanan Rasyid (9) dari sebelah kiri gawang lawan. Daredevil berusaha melakukan beberapa serangan tetapi gagal mengatasi kubu lawan yang amat kebal. Keputusan separuh masa pertama, Dormkids 1 – 0 Daredevil.

Separuh masa kedua berlangsung dengan keadaan cuaca hujan semakin lebat. Percaturan baru Daredevil nampaknya berhasil apabila berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan terus  Nasrul ke gawang lawan pada minit ke-40.  Jaringan ini merupakan satu-satunya gol pada separuh masa kedua yang amat bermakna kepada Daredevil kerana perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1.

Perlawanan ini juga menyaksikan dua kad kuning dilayangkan kepada pemain Dormkids,  Shahrin dan Rasyid. Difahamkan bahawa insiden tersebut berkaitan dengan kesalahan pemain membantah keputusan pengadil perlawanan, En. Christopher Gobilin. Layangan kad kuning tersebut boleh menyebabkan Dormkids berkemungkinan besar untuk hilang tonggak utama mereka untuk perlawanan penting minggu hadapan menentang Wonder Boys.

Keputusan rasmi perlawanan, Daredevil dan Dormkids seri 1-1.

UPACARA RINGKAS MEMPERKENALKAN PIALA PUSINGAN LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN

April 26, 2010 Leave a comment

Pagi tadi, dalam waktu Perhimpunan Mingguan, Puan Pengetua, selaku penaja piala, diiringi oleh Cg Yahya Abbas, guru penasihat KBSSMP, bersama-sama dengan keenam-enam pengurus pasukan dan kapten pasukan masing-masing, telah menjayakan satu majlis ringkas memperkenalkan kepada umum rupa PIALA PUSINGAN HJH. A’ZAH HJ. ISMAIL. Cg Rithuwan Nasir, selaku Pengurus Penganjuran, bertindak sebagai pengacara majlis. Alhamdulillah, majlis ringkas tersebut dapat berjalan dalam suasana ceria dan gembira.

Pengetua bersama-sama semua pengurus dan kapten pasukan dihadapan perhimpunan

Kami bersyukur kerana akhirnya dapat berkongsi semangat dan keghairahan (passionate) dengan semua warga SMK Putatan. Kami yakin semua pasukan ingin mencipta sejarah pertama dengan memenangi piala pusingan tersebut. Puan Pengetua sendiri menjulang piala tersebut sebagai simbol bahawa beliau merestui bakal pemenang piala kejohanan ini.

Semoga semua pemain bola sepak liga sekolah akan bersungguh-sungguh bermain, teliti dengan strategi atau taktikal pasukan dan sentiasa memberikan sepenuh tenaga dan fokus untuk membantu pasukan menang setiap perlawanan.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA AMNYA, DAN SMK PUTATAN KHUSUSNYA.

BOLA SEPAK MEMBINA WATAK.

PASUKAN YANG TUMPAS BERSEMANGAT BARU

April 25, 2010 6 comments

Pada petang tadi (Ahad), beberapa pemain dari pasukan Achievers, Daredevils dan Wolves telah turun menjalani latihan.

Pemain dari pasukan-pasukan yang tumpas pada minggu pertama Liga Pengetua SMK Putatan ini kelihatan bersemangat menjalani latihan.

Ketika wakil kami bertanya tentang perlawanan Wolves yang bakal menentang Wonder Boys minggu ke-2. Ketua pasukan Wolves, Mohd Azanuddin Jaliludin, memberi jawapan ” Tunggu dan lihat.”

Kami juga sempat meminta pendapat ketua pasukan Daredevil, Muhd Zulfi, tentang perlawanan kedua mereka menentang Dormkids. Dengan penuh yakin, dia menjawab, “Kami pasti akan menang!”

Ucapan terima kasih di tujukan kepada pemain yang sudi meluangkan masa bersama kami ketika dalam sesi latihan.

MAKLUMAN DARI PIHAK PENGANJUR

April 25, 2010 Leave a comment

KEPADA SEMUA PENGADIL, PENGURUS DAN PEMAIN YANG DIHORMATI SEKALIAN;
1. TATACARA MASUK PADANG –
a) Berbaris di hadapan astaka.
b) Bersalaman antara kedua pasukan dan pengadil2 yang bertugas.
c) Berjalan masuk ke padang mengiringi Pengadil sampai ke bulatan sepak mula.
d) Membentuk satu barisan memanjang menghadap astaka dan mengangkat tangan sebagai tanda penghormatan kepada para penonton.

2. TATACARA KELUAR PADANG -
a) Masa rehat : Pengadil dan 2 Penjaga Garisan berjalan bersama dari garisan tengah padang terus ke astaka.
b) Selepas Wisel Penamat : Semua pemain mendapatkan dan bersalam dengan pengadil, penjaga garisan serta para pemain pasukan lawan termasuk pengurus masing-masing.
c) Pengadil dan penjaga garisan beriringan keluar melalui garisan tengah padang.
d) Pengadil menandatangani borang perlawanan dan mengesahkan keputusan perlawanan.
e) Perlawanan berakhir dan semua pihak berpuas hati.

“BOLA SEPAK MEMBINA DAN MEMBENTUK WATAK”

-cyarsenal1-

Categories: MAKLUMAN AM

PENCARIAN PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH 2011

April 24, 2010 2 comments

Pengurus dan Jurulatih pasukan bola sepak SMK Putatan sedang memantau dengan teliti perkembangan kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan musim 2010.

Pasukan bola sepak sekolah bagi tahun 2011 MUNGKIN AKAN DIBENTUK lebih awal bagi menghadapi kejohanan peringkat daerah Penampang tahun hadapan. Adalah dijangkakan usaha tersebut akan dilaksanakan seawal bulan September atau Oktober dan selewat-lewatnya Januari 2011 (tertakluk kepada kalendar sukan sebenar PPD Penampang). Pihak pengurusan pasukan sekolah sedang memfokuskan kepada pemain baru dari tingkatan empat dan tingkatan tiga menggantikan pemain-pemain T5/pra-u yang akan tamat persekolahan selepas SPM dan STPM 2010. Usaha pencarian bakat baru menjadi lebih baik dan lebih luas serta boleh dipercepatkan lagi kerana kini ada lebih dari 120 orang pemain bola sepak yang sedang beraksi dalam Liga Piala Pengetua.

Antara ciri-ciri pemain bola sepak sekolah yang dicari, sebagai panduan kepada pemain bola sepak liga sekolah,  ialah:

  • semangat berpasukan yang tinggi
  • boleh berkongsi tanggungjawab kejayaan dan kegagalan pasukan
  • kemahiran individu yang mencukupi
  • keupayaan bertindak dengan pantas
  • kawalan bola yang baik
  • tenang di dalam dan luar padang
  • tahu kekuatan posisi masing-masing
  • menunjukkan disiplin diri dalam dan luar padang yang tinggi
  • fizikal tubuh badan yang sihat dan ketinggian tertentu (bukan keutamaan tetapi boleh menjadi kelebihan)

Panggilan LATIHAN PUSAT telah dirancang untuk diadakan pada bulan September-Oktober 2010. Namun demikian, pihak pengurusan pasukan sekolah juga mungkin akan mengadakan beberapa siri saringan dan perlawanan persahabatan pasukan SMK Putatan XI untuk meneliti keserasian pemain.

Fokus pasukan bola sepak SMK Putatan 2011 ialah untuk mengekalkan daya saing pasukan sekolah di samping berusaha meraih kejayaan dalam kejohanan bola sepak MSSD Penampang 2011.

Perkara ini telahpun dizahirkan oleh Cg Yahya Abbas dalam satu sesi mesyuarat ringkas, dan disokong oleh semua pengurus pasukan bertanding, termasuklah Cg Rithuwan Nasir, bagi pihak penganjur kejohanan liga.

PENCARIAN SUDAH PUN BERMULA. SERLAHKAN BAKAT ANDA. INGAT! BOLA SEPAK BUKAN SEKADAR SUKAN BIASA…

“BOLA SEPAK MEMBINA WATAK”.

MAKLUMAN DARI PIHAK PENGANJUR

April 23, 2010 2 comments

Penggunaan but bola dan shin guard (dan stokin panjang) akan dikuatkuasakan minggu #2 ini. Mana-mana pemain pasukan yang gagal mematuhinya boleh menyebabkan pasukan anda kehilangan/ditolak 3 mata.

Minggu depan tidak ada tolak ansur. HORMATI DIRI ANDA SEBAGAI PEMAIN BOLA SEPAK, DAN HORMATI PASUKAN ANDA SEBAGAI PASUKAN BOLA SEPAK, DAN HORMATI PERATURAN LIGA BOLA SEPAK. Maka anda layak dipanggil pemain bola sepak berpengetahuan.

Majulah sukan untuk negara amnya dan SMK Putatan khususnya.

Categories: MAKLUMAN AM

RASYID “KAMI TIDAK KISAH”

April 23, 2010 3 comments

Abdul Rasyid Suating, pemain Dormkids yang telah menjaringkan gol kemenangan Dormkids ketika perlawanan pembukaan Liga Piala Pengetua SMK Putatan telah sudi untuk meluangkan masa untuk memberi pendapat tentang perlawanan pasukan mereka yang seterusnya menentang Daredevils.

Ketika diminta untuk memberi pendapat tentang perlawanan mereka yang seterusnya, dia menjawab “Pemain-pemain kami bukan semuanya ‘fit’. Kami tidak kesah tentang pasukan lawan, yang penting, KAMI AKAN MENJADI JUARA.”

Kami mengucapkan terima kasih kepada Rasyid kerana sudi untuk meluangkan masa bersama kami.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.