Home > CAKAP-CAKAP > PENCARIAN PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH 2011

PENCARIAN PEMAIN PASUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH 2011

Pengurus dan Jurulatih pasukan bola sepak SMK Putatan sedang memantau dengan teliti perkembangan kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan musim 2010.

Pasukan bola sepak sekolah bagi tahun 2011 MUNGKIN AKAN DIBENTUK lebih awal bagi menghadapi kejohanan peringkat daerah Penampang tahun hadapan. Adalah dijangkakan usaha tersebut akan dilaksanakan seawal bulan September atau Oktober dan selewat-lewatnya Januari 2011 (tertakluk kepada kalendar sukan sebenar PPD Penampang). Pihak pengurusan pasukan sekolah sedang memfokuskan kepada pemain baru dari tingkatan empat dan tingkatan tiga menggantikan pemain-pemain T5/pra-u yang akan tamat persekolahan selepas SPM dan STPM 2010. Usaha pencarian bakat baru menjadi lebih baik dan lebih luas serta boleh dipercepatkan lagi kerana kini ada lebih dari 120 orang pemain bola sepak yang sedang beraksi dalam Liga Piala Pengetua.

Antara ciri-ciri pemain bola sepak sekolah yang dicari, sebagai panduan kepada pemain bola sepak liga sekolah,  ialah:

  • semangat berpasukan yang tinggi
  • boleh berkongsi tanggungjawab kejayaan dan kegagalan pasukan
  • kemahiran individu yang mencukupi
  • keupayaan bertindak dengan pantas
  • kawalan bola yang baik
  • tenang di dalam dan luar padang
  • tahu kekuatan posisi masing-masing
  • menunjukkan disiplin diri dalam dan luar padang yang tinggi
  • fizikal tubuh badan yang sihat dan ketinggian tertentu (bukan keutamaan tetapi boleh menjadi kelebihan)

Panggilan LATIHAN PUSAT telah dirancang untuk diadakan pada bulan September-Oktober 2010. Namun demikian, pihak pengurusan pasukan sekolah juga mungkin akan mengadakan beberapa siri saringan dan perlawanan persahabatan pasukan SMK Putatan XI untuk meneliti keserasian pemain.

Fokus pasukan bola sepak SMK Putatan 2011 ialah untuk mengekalkan daya saing pasukan sekolah di samping berusaha meraih kejayaan dalam kejohanan bola sepak MSSD Penampang 2011.

Perkara ini telahpun dizahirkan oleh Cg Yahya Abbas dalam satu sesi mesyuarat ringkas, dan disokong oleh semua pengurus pasukan bertanding, termasuklah Cg Rithuwan Nasir, bagi pihak penganjur kejohanan liga.

PENCARIAN SUDAH PUN BERMULA. SERLAHKAN BAKAT ANDA. INGAT! BOLA SEPAK BUKAN SEKADAR SUKAN BIASA…

“BOLA SEPAK MEMBINA WATAK”.

About these ads
  1. Rosli Sharkhan
    March 4, 2011 at 1:35 AM

    Saya dari Bachok, Kelantan. Umur 36 tahun. Ingin memberi pendapat tentang pemain berbakat di Bandar Bachok. 2 pemuda berumur 20 dan 22 tahun. Saya dapati kalau diberi peluang mereka berdua boleh pergi jauh cuma bakat mereka tidak diketahui pihak berkenaan. Tolong ambil perhatian… Sekian, wassalam.
    Rosli Sharkhan…

  2. April 23, 2010 at 9:35 PM

    Latihan Pusat bermakna pemain dipanggil khas untuk berlatih dengan pasukan bola sepak sekolah yang baru dibentuk. Walaupun ramai yang akan dipanggil, contohnya 30 orang, realitinya hanya 20 pemain yang akan dipilih untuk mewakili sekolah pada tahun 2011, sepertimana peraturan kejohanan bola sepak peringkat MSSD Penampang. Oleh itu, kami mengharapkan pemain bola sepak sekolah tetap berani menunjukkan kebolehan masing-masing dan bersaing secara sihat untuk menjadi pemain mewakili sekolah tahun akan datang.
    Cikgu mengharapkan yang terbaik dari anda semua.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: