Archive

Archive for May, 2010

PERLAWANAN BOLA SEPAK MUNGKIN DIJADUAL DALAM CUTI SEKOLAH

May 19, 2010 2 comments

Pihak penganjur ini memberi makluman awal kepada semua pemain bola sepak liga sekolah yang terlibat bahawa perlawanan pusingan 4, 5 dan seterusnya berkemungkinan besar akan dijadualkan dalam cuti sekolah pertengahan tahun ini.

Perlawanan, jika dapat dilaksanakan, akan dipindahkan ke padang bola sepak berdekatan, dengan syarat memperoleh dana dan kebenaran menggunakan padang tersebut. Perancangan awal ialah padang bola sepak Pasir Putih, di sebelah belakang Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Putatan.Jika kita gagal memperoleh kebenaran menggunakan padang tersebut, pihak penganjur akan berusaha dahulu mendapatkan padang lain di sekolah lain yang berdekatan.

Tetapi jika semua pihak terlibat setuju, termasuklah ibu bapa pemain bola sepak liga sekolah, untuk mengumpul wang menyewa Stadium Penampang dan pengangkutan ke sana, pihak penganjur tidak ada halangan untuk merancang perlawanan seterusnya di Stadium Penampang.

Apa yang diperlukan sekarang ialah wang dan pengangkutan ke lokasi tersebut.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? Adakah ibu bapa anda sanggup membantu (sebagai ibu bapa dan juga sebagai ahli PIBG) pasukan anda menaja/membiayai kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan di lokasi lain.

Bancian ini adalah bancian tidak rasmi tetapi ia boleh diguna pakai untuk tujuan perancangan seterusnya.

“BOLA SEPAK MEMBINA WATAK”

APAKAH PERMAINAN VIDEO BOLA SEPAK ANDA GEMARI?

May 14, 2010 9 comments

Sementara mengisi ‘waktu rehat’ perlawanan liga, apa kata kita beralih sejenak kepada permainan video bola sepak (football/soccer videogames) yang anda gemari.

Taip nama videogame tersebut di dalam komen untuk pos ini. Jika perlu, nyatakan juga sebab anda lebih menggemari permainan video tersebut dan apakah platform yang anda gunakan. Contohnya playstation 2 (PS2), PS3, xbox 360, PC, dll

Terima kasih. Bancian ini hanyalah sekadar suka-suka.

KOLEKSI GAMBAR DIKEMAS KINI

May 12, 2010 Leave a comment

Koleksi gambar perlawanan 1 dan 2 telah bertambah. Cikgu telah berjaya memuatnaik (upload) hampir 40 keping gambar dari sumber-sumber lain.

Harapan cikgu, penambahan koleksi tersebut dapat menggembirakan banyak pihak, terutamanya para pemain bola sepak liga sekolah.

Jika ada di kalangan anda mempunyai keinginan memiliki gambar tersebut bolehlah menyimpannya (save as…) dan hantarlah ke kedai gambar untuk diproses. Jika sukar, anda boleh juga menempah gambar-gambar tersebut melalui Cikgu Rithuwan dengan gambar berpatutan, sama ada gambar asal atau gambar dengan ‘frame’ khas liga. Terserah kepada anda untuk memilih jenis gambar yang ingin diproses. Tetapi sudah tentulah sertakan wang dan nama gambar yang ingin diproses bagi pihak anda.

Semua koleksi gambar dalam blog ini sesuai untuk dicetak dalam saiz 3R dan 4R.

Ada cadangan? Tinggalkan komen di bawah.

Categories: MAKLUMAN AM

PROSES MEMERIKSA PRESTASI AKADEMIK DAN REKOD DISIPLIN SEMUA PEMAIN BOLA SEPAK LIGA SEKOLAH

May 10, 2010 Leave a comment

Nampaknya telah tiba masanya pihak penganjur mula memulakan langkah mengaudit prestasi akademik semua pemain dan juga mengemas kini maklumat rekod salahlaku dan pelanggaran disiplin di kalangan pemain-pemain bola sepak liga sekolah.

Proses mengemas kini dan menyenarai semua rekod akan mengambil sedikit masa tapi kami pasti atau perlu lakukannya, sepertimana dijanjikan kepada anda semua dan kepada pihak pengurusan sekolah. Pihak pengurus-pengurus pasukan akan turut membantu kami mengenalpasti pelajar yang mungkin bermasalah dan akan sama-sama memikirkan langkah pembetulan yang sesuai. Tetapi sudah tentulah, peraturan liga akan dipatuhi iaitu sesiapa yang gagal dalam ujian atau peperiksaan akan digantung 2 perlawanan, manakala salahlaku disiplin serius, boleh menyebabkan pemain itu digantung semua perlawanan, atau mungkin juga hukuman disingkirkan dari kejohanan sama sekali, tertakluk kepada rekomendasi Jawatankuasa yang berkenaan.

Secara peribadi, kami mengharapkan yang terbaik dari semua pemain bola sepak liga sekolah, baik di padang mahupun di luar padang, termasuklah dalam bilik darjah.

Cikgu juga mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN SEMESTER SATU bermula minggu hadapan. Mudah-mudahan ia tidak menggugat peluang anda meraih kejayaan dalam liga kita.

‘BOLA SEPAK MEMBINA WATAK’

Categories: MAKLUMAN AM

PERATURAN ‘OFFSIDE’ (Contoh)

sbg contoh international game.. aku x ingat yg mana satu di mana striker dia x offside sbb ada player defence yg injured tp duk kat luar padang sblh dgn tiang gol.. sbb apa x offside…??? sbb player tu keluar padang tanpa pengetahuan ref.… dan linesmen anggap dia juga adalah pemain pertahanan yg dpt menafikan offside…

khy7 Wrote: ok situasi gini, Pemain A ade dua option ntuk passing thru ball, satu player yg offside,pemain B, manakala sorg lagi player C tidak dlm keadaan offside

Pemain A passing thru ball kat player C, tp bola tersebut deflect plak kat defender pasukan lawan

Bola deflection tu singgah ke player B yang dlm kedudukan offside

adakah offside akan diberikan?? ataupun tidak??

my answer is,shud be offside…sbb yg dpt bola tu dlm keadaan offside even si A nk pass kt si C…

pasal soalan tu mmg offside.. sbb player B tu dah ada dlm kedudukan offside.. dan player A tu nak pass tp deflect dan dpt kat B… so, B ada peluang utk score…  kalau B dlm offside dan dia TIDAK memainkan bola itu secara langsung atau tidak, maka ref akan putuskn x offside walaupun linesmen angkat flag.. ref putuskn x offside sbb x nak delay game…. senang cite nk bg advantage pd team pertahanan… Sengeh

rushdi Wrote: mcm mane klu 2 org pemain
lps perangkap offside..
dgn kate lain sorang bwk bola..
sorang lagi lari ikut..
tiada pemain lawan di depan mereka,
then pemain yg membawa bola, passing kepd pemain yg lari mengikut tu
yg sbnr2nye offside atau tidak pemain tersebut.
cth : A dan B lepas perangkap offside… A bawak bola, dan pass pada B…

kalo sewaktu bola dihantar, :

B berada di kedudukan belakang A (atau bola), tak off-side
B berada di kedudukan selari dgn. A, tak ofsaid…

atau B di depan A (atau bola), offside laaa

UNDANG-UNDANG 11 – OFSAID

Kedudukan Ofsaid

Adalah tidak menjadi kesalahan semata-mata kerana berada di kedudukan ofsaid.

Seorang pemain berada di kedudukan ofsaid jika:
• dia berada lebih hampir dengan garisan gol lawan daripada bola dan pemain lawan yang kedua terakhir.

Seorang pemain tidak berkedudukan ofsaid jika:
• dia berada di kawasan padang permainannya sendiri
atau

• dia berada separas dengan pemain lawan yang kedua terakhir atau

• dia berada separas dengan dua pemain lawan terakhir

Kesalahan

Pemain yang berkedudukan ofsaid hanya dihukum jika pada ketika bola disentuh atau dimainkan oleh pemain pasukannya pada pendapat Pengadil, dia terlibat aktif dalam permainan dengan:

• mengganggu permainan atau

• mengganggu pemain pihak lawan atau

• memperoleh keuntungan dengan berada di kedudukan itu

Tiada Kesalahan

Ofsaid tidak dikira jika pemain menerima bola terus dari:

• sepakan gol

• lontaran ke dalam

• sepakan penjuru

Pelanggaran dan Hukuman

Untuk kesalahan ofsaid, pengadil akan memberi sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan yang dibuat di tempat mana kesalahan berlaku. (rujuk Undang-undang 13 –Kedudukan Sepakan Percuma)


PERATURAN PERTANDINGAN

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut:-

7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2,

7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima belas (15) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4,

7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu perlawanan,

7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0,

7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0.

7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM (Penegasan Semula)

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.

8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.

8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.

8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.

8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukan akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.

8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.

8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka Syarat-Syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

PENONTON BERTUAH MINGGU INI

IDEA DAN GAMBAR OLEH EN. NORDIN KHADIS (DEAN PHOTOGRAPHER)

TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA.

WOLVES MENCABAR GALAXY – BABAK DUA

May 7, 2010 3 comments

3 – 3

-

Perlawanan antara Wolves dengan Galaxy disambung hari ini (Jumaat) setelah ditunda semalam akibat hujan lebat dan padang digenangi air. Separuh masa pertama semalam perlawanan berlangsung hanya bagi tempoh 23 minit. Pihak penganjur memutuskan bahawa tempoh perlawanan untuk separuh masa kedua ini ialah 40 minit. Perlawanan sambungan ini juga merupakan kejadian pertama dalam Liga Bola Sepak SMK Putatan ini.

Cuaca agak baik walaupun ada tanda-tanda hujan akan turun. Perlawanan terpaksa dimulakan lewat iaitu pada pukul 2:30 petang walaupun penjadualan asal perlawanan harus bermula 2:00 petang. Ini kerana masih ada pemain yang bermain semalam yang gagal hadir ke padang sebelum pukul 2:00 petang, dan ia melibatkan kedua-dua pasukan.

Mengikut peraturan pertandingan Liga, perlawanan sambungan seperti ini menetapkan hanya pemain asal yang terdaftar dalam senarai bermain semalam boleh dibenarkan bermain, termasuklah senarai pemain simpanan perlawanan separuh masa pertama semalam. Pemain lain yang tidak disenaraikan dalam borang Pendaftaran Pemain Pasukan tidak dibenarkan sama sekali untuk bermain.

Dari awal sepak mula separuh masa kedua ini, persaingan yang sengit telah ditunjukkan oleh Wolves terhadap Galaxy. Serangan dilakukan dari kedua-dua belah, kiri dan kanan padang. Galaxy berusaha mengekang gerakan serangan Wolves dan berjaya mematahkannya.  Wolves menunjukkan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi untuk mencapai kemenangan sulung mereka. Wolves berjaya menunjukkan taringnya apabila gol pertama mereka muncul melalui percubaan jarak jauh Shahijan diminit ke-11 perlawanan sambungan ini (minit 34+) yang berjaya mengatasi penjaga gawang Galaxy, Wismillah.

Galaxy tidak berputus asa dan berusaha keras untuk mencari gol penyamaan. Dalam tempoh 10 minit kemudian Shari Podding akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan tersebut. Wolves kembali menyerang dengan garang dan akhirnya menemui gol kedua melalui sepakan Wan Hasnulnizam di minit ke-24 (minit 47+). Jaringan tersebut menyentak Galaxy untuk cuba mengejar. Usaha Galaxy berjaya apabila 1 minit kemudian M. Shahril menyumbat gol penyamaan dengan kedudukan seri 2 sama. Penjaga garisan pada awalnya telah mengangkat bendera menunjukkan kesalahan ‘offside’, tetapi pengadil membantah keputusan penjaga garisan dan memberikan gol tersebut. Keputusan tersebut jelas menggembirakan Galaxy.

Pada minit ke-39 perlawanan separuh masa kedua ini, penyerang Galaxy M.Sharil telah dilayangkan kad kuning. Tetapi insiden tersebut tidak menjejaskan fokus Galaxy. Pengawai pengadil ke-4 memberi isyarat perlawanan tamat setelah tempoh perlawanan genap 40 minit. Pengadil meneruskan perlawanan dan tak sampai 1 minit masa tambahan, M.Shahril  berjaya merampas bola dan menjaringkan gol ke-3 Galaxy untuk mendahului Wolves 3-2.Perlawanan masa tambahan diteruskan dengan Wolves menggunakan kesempatan itu untuk membuat serangan kali terakhir. Kesilapan pemain tengah melakukan kekasaran menyebabkan Wolves dihadiahkan sepakan percuma dari jarak lebih kurang 30-40 meter dari gawang Galaxy. Wan Azrai mengambil sepakan percuma itu dan melakukan percubaan terus ke gawang lawan. Wismillah gagal menepis keluar bola untuk  menyelamatkan bola tersebut. Gol penyamaan tersebut, di minit ke-42, mengagalkan misi Galaxy meraih mata penuh untuk perlawanan kali ini.

Perlawanan tamat dengan keputusan rasmi seri, Wolves 3-3 Galaxy.

PERLAWANAN PUSINGAN 4 DAN PUSINGAN 5 DITUNDA

May 6, 2010 Leave a comment

Perlawanan 10 hingga 15 akan dijalankan, jika tidak ada halangan, selepas peperiksaan pertengahan tahun selesai. Mengambil kira keadaan tersebut, maka pihak penganjur sedang merancang untuk melaksanakan 6 perlawanan dalam waktu cuti sekolah tersebut.

Semua pemain bola sepak liga sekolah dinasihatkan supaya sentiasa peka kepada maklumat terkini dari pihak penganjuran. Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk terus kepada pengurus penganjuran, En. Rithuwan Nasir, atau Pengerusi penganjuran, En. Yahya Abas.

JADUAL perlawanan akan dimaklumkan kemudian.

Categories: MAKLUMAN AM

WOLVES MENCABAR GALAXY – BABAK SATU

May 6, 2010 6 comments

0 – 0

-

Perlawanan terakhir pusingan 3 antara Wolves FC dengan Galaxy FC menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan penuh semangat. Wolves sudah pasti menginginkan kemenangan sulung mereka manakala Galaxy pula mengidamkan kemenangan ketiga untuk kekal menyaingi Wonder Boys yang kekal di tangga teratas liga.

Perlawanan petang ini menghidangkan permainan amat menarik. Kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang dan serangan demi serangan dapat dilakukan. Namun begitu perlawanan terganggu oleh keadaan padang yang becak akibat hujan mula turun semakin lebat.

Perlawanan dapat diteruskan sehingga ke minit 23 separuh masa pertama sebelum dihentikan oleh pengadil perlawanan, En. Yahya Abas kerana keadaan padang yang tidak lagi sesuai untuk meneruskan perlawanan.

Mesyuarat ringkas dibuat melibatkan Pengurus Penganjuran, pengadil, dan kedua-dua pengurus pasukan.Diputuskan perlawanan ditunda terus petang ini dan akan disambung separuh masa kedua pada esok hari, tepat 2:00 petang. Perlawanan sambungan ini terpaksa dijalankan di waktu tersebut untuk memberi ruang kepada beberapa pemain Wolves yang mempunyai komitmen aktiviti ko-kurikulum yang lain.

Laporan akan disambung esok.

This slideshow requires JavaScript.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.