Archive

Archive for the ‘PENDAPAT ANDA’ Category

PERLAWANAN BOLA SEPAK MUNGKIN DIJADUAL DALAM CUTI SEKOLAH

May 19, 2010 2 comments

Pihak penganjur ini memberi makluman awal kepada semua pemain bola sepak liga sekolah yang terlibat bahawa perlawanan pusingan 4, 5 dan seterusnya berkemungkinan besar akan dijadualkan dalam cuti sekolah pertengahan tahun ini.

Perlawanan, jika dapat dilaksanakan, akan dipindahkan ke padang bola sepak berdekatan, dengan syarat memperoleh dana dan kebenaran menggunakan padang tersebut. Perancangan awal ialah padang bola sepak Pasir Putih, di sebelah belakang Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Putatan.Jika kita gagal memperoleh kebenaran menggunakan padang tersebut, pihak penganjur akan berusaha dahulu mendapatkan padang lain di sekolah lain yang berdekatan.

Tetapi jika semua pihak terlibat setuju, termasuklah ibu bapa pemain bola sepak liga sekolah, untuk mengumpul wang menyewa Stadium Penampang dan pengangkutan ke sana, pihak penganjur tidak ada halangan untuk merancang perlawanan seterusnya di Stadium Penampang.

Apa yang diperlukan sekarang ialah wang dan pengangkutan ke lokasi tersebut.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? Adakah ibu bapa anda sanggup membantu (sebagai ibu bapa dan juga sebagai ahli PIBG) pasukan anda menaja/membiayai kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan di lokasi lain.

Bancian ini adalah bancian tidak rasmi tetapi ia boleh diguna pakai untuk tujuan perancangan seterusnya.

“BOLA SEPAK MEMBINA WATAK”

APAKAH PERMAINAN VIDEO BOLA SEPAK ANDA GEMARI?

May 14, 2010 9 comments

Sementara mengisi ‘waktu rehat’ perlawanan liga, apa kata kita beralih sejenak kepada permainan video bola sepak (football/soccer videogames) yang anda gemari.

Taip nama videogame tersebut di dalam komen untuk pos ini. Jika perlu, nyatakan juga sebab anda lebih menggemari permainan video tersebut dan apakah platform yang anda gunakan. Contohnya playstation 2 (PS2), PS3, xbox 360, PC, dll

Terima kasih. Bancian ini hanyalah sekadar suka-suka.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.