Archive

Archive for the ‘PERKEMBANGAN LIGA MALAYSIA’ Category

29 Januari 2011, sepak mula Liga Malaysia 2011

January 29, 2011 Leave a comment

Kebanggaan warganegara Malaysia dalam kancah bola sepak sudah tentunya Liga Malaysia. Mulai tahun 2011, Liga Malaysia berwajah baru dengan penajaan baru dan semangat baru.

Piala Sumbangsih 2011 antara Selangor dan Kelantan membuka tirai musim 2011. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Kelantan dengan 2 jaringan tanpa balas. Sebagai perangsang semangat warga liga sekolah di sini cikgu nak kongsi video logo baru Liga Malaysia 2011 sehingga 2015.

Antara berita menarik juga ialah Terengganu menentang Sabah telah berkesudahan seri 0-0 yang bermakna Sabah berjaya memperoleh 1 mata pertama dalam Liga Super setelah lebih 6 tahun berkelana dalam Liga Premier Malaysia, iaitu liga tahap kedua tempatan.

Kepada warga KBSSMP, ayuh tahun ini kita gegarkan lagi padang bola sepak sekolah dengan penganjuran kejohanan liga dalaman kita dengan lebih sistematik dan berjaya.

Kita akan buat yang terbaik. Itu pasti.

JUARA LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN MUSIM 2010

September 27, 2010 Leave a comment

Kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan telah melabuhkan tirainya. Musim pertama telah tamat dan tibalah masanya kita mengisytiharkan juara bagi musim 2010.

Berikut diumumkan bahawa JUARA LIGA  Piala Pusingan Puan pengetua Hjh Azah Hj Ismail, ialah:

WONDER BOYS FC!!!!

Tahniah kepada pasukan WB di atas kejayaan tersebut.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Naib Juara Liga bagi musim 2010 ini pula jatuh kepada:

DORMKIDS FC!!!

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain DK.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Jadual kedudukan Liga sepenuhnya selepas kesemua 30 perlawanan.

No Pasukan P M S K J B BJ Mt Mt(b)
1 WONDER BOYS 10 8 1 1 32 4 28 25 25
2 DORMKIDS 10 6 3 1 19 3 16 21 20
3 WOLVES 10 5 2 3 19 15 4 17 16
4 DAREDEVIL 10 3 3 4 17 20 -3 12 12
5 GALAXY 10 2 1 7 11 25 -14 7 6
6 ACHIEVERS 10 0 1 9 1 36 -35 1 0

Selesailah sudah Liga Bola Sepak SMK Putatan musim pertama, dan tahniah diucapkan kepada semua pemain liga, atau juga dikenali sebagai ‘budak bola’.

Jangan putus asa, musim kedua bakal menjelang tahun 2011. Mungkinkah persaingan sengit akan lebih terserlah? Kita sama-sama tunggu.

Wonder Boys FC Juara Liga SMK Putatan 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN SABTU DAN AHAD

September 27, 2010 Leave a comment

Berikut adalah jadual keputusan kesemua baki perlawanan yang terpaksa disiapkan dalam tempoh 2 hari di hujung minggu. Tempoh perlawanan dipercepatkan memandangkan ada juga pasukan yang mengaku kalah kerana kekurangan pemain yang hadir untuk perlawanan. Peraturan kejohanan menetapkan bahawa pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 pemain untuk layak bermain dalam satu-satu perlawanan. Kurang dari itu maka perlawanan dibatalkan dan pasukan lawan yang mempunyai kelebihan pemain akan mendapat kemenangan percuma dengan gol 3-0.

Date Day Round Game Home Score Away Score Notes
25/9/2010 Sabtu 4 1 Achievers 0 Dormkids 3 Gol : DK-Rashid (  ), DK-Rashid (   ), DK-Sharin P (  )
25/9/2010 Sabtu 4 2 Wonder Boys 3 Galaxy 1 Gol : WB-Nuh ( ), WB-Hafiz (  ), WB-Zaid ( ),GX-Sharil( )
25/9/2010 Sabtu 4 3 Daredevils 0 Wolves 0 SERI TANPA JARINGAN
25/9/2010 Sabtu 5 1 Dormkids 2 Galaxy 0 Gol : DK-Rashid (22′), DK-Azman (28′,2nd) / RedCard: DK-Azman (38′)
25/9/2010 Sabtu 5 2 Achievers 0 Wolves 3 Achievers Forfeited
25/9/2010 Sabtu 5 3 Wonder Boys 5 Daredevils 1 Gol : DD-Adam, OG (8′), WB-Nuh (12′), Hafiz (20′), WB-Zaid (6’2nd), DD-Shukri (18’2nd),WB-Nuh (20’2nd)
26/9/2010 Ahad 6 1 Wolves 1 Dormkids 5 Gol : DK-Rashid (semua 4 gol),WV-DK_Yalbie (OG),DK-WV_Faizal(OG)
26/9/2010 Ahad 6 2 Daredevils 3 Galaxy 0 Galaxy Forfeited
26/9/2010 Ahad 6 3 Wonder Boys 3 Achievers 0 Achievers Forfeited
26/9/2010 Ahad 7 1 Dormkids 0 Daredevils 0 SERI TANPA JARINGAN
26/9/2010 Ahad 7 2 Wonder Boys 0 Wolves 1 Gol : WV-Azaan (2nd)
26/9/2010 Ahad 7 3 Achievers 0 Galaxy 0 Achievers & Galaxy Forfeited
26/9/2010 Ahad 8 1 Wonder Boys 0 Dormkids 0 SERI TANPA JARINGAN
26/9/2010 Ahad 8 2 Achievers 0 Daredevils 3 Achievers Forfeited
26/9/2010 Ahad 8 3 Galaxy 0 Wolves 3 Galaxy Forfeited
26/9/2010 Ahad 9 1 Dormkids 3 Achievers 0 Achievers Forfeited
26/9/2010 Ahad 9 2 Galaxy 0 Wonder Boys 3 Galaxy Forfeited
26/9/2010 Ahad 9 3 Wolves 4 Daredevils 0 Gol : Fandi (9)(10), Botak (6), Azaan (3)
26/9/2010 Ahad 10 1 Galaxy 0 Dormkids 3 Galaxy Forfeited
26/9/2010 Ahad 10 2 Wolves 3 Achievers 0 Achievers Forfeited
26/9/2010 Ahad 10 3 Daredevils 0 Wonder Boys 4 Gol : WB-Aznil (6′), WB-Nuh (2’2nd), WB-Zaid (11’2nd), WB-Zaid (15’2nd)

KEPUTUSAN AKHIR PIALA FA – NEGERI SEMBILAN LAWAN KEDAH

April 11, 2010 1 comment

TAHNIAH KEPADA PASUKAN NEGERI SEMBILAN DI ATAS KEJAYAAN MENJUARAI PIALA F.A. MUSIM 2010.

KUALA LUMPUR 10 April – Negeri Sembilan menjuarai bola sepak Piala FA selepas menundukkan Kedah menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tambahan masa perlawanan berakhir. – Utusan

Perlawanan ini juga disiarkan secara langsung di RTM TV1 dan Astro Arena.

LINK Berita Penuh UTUSAN – http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.