Sehari selepas perlawanan Wolves menentang Wonder Boys, kami telah menemuramah pengurus pasukan Wolves, En. Khairul, tentang pendapat beliau mengenai pasukan kendaliannya. 
Dia menjawab dengan penuh yakin “Orang yang selalu kalah, bila menang, kemenangan itu akan berterusan.” Dia juga menambah “Kami akan cuba dengan sedaya upaya untuk mencari kemenangan dalam perlawanan seterusnya.”
Ucapan terima kasih ditujukan kepada pengurus pasukan Wolves kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
“WOLVES MENYERANG DENGAN GARANG !!!”
Pada petang tadi (Ahad), beberapa pemain dari pasukan Achievers, Daredevils dan Wolves telah turun menjalani latihan.
Pemain dari pasukan-pasukan yang tumpas pada minggu pertama Liga Pengetua SMK Putatan ini kelihatan bersemangat menjalani latihan.
Ketika wakil kami bertanya tentang perlawanan Wolves yang bakal menentang Wonder Boys minggu ke-2. Ketua pasukan Wolves, Mohd Azanuddin Jaliludin, memberi jawapan ” Tunggu dan lihat.”
Kami juga sempat meminta pendapat ketua pasukan Daredevil, Muhd Zulfi, tentang perlawanan kedua mereka menentang Dormkids. Dengan penuh yakin, dia menjawab, “Kami pasti akan menang!”
Ucapan terima kasih di tujukan kepada pemain yang sudi meluangkan masa bersama kami ketika dalam sesi latihan.
Abdul Rasyid Suating, pemain Dormkids yang telah menjaringkan gol kemenangan Dormkids ketika perlawanan pembukaan Liga Piala Pengetua SMK Putatan telah sudi untuk meluangkan masa untuk memberi pendapat tentang perlawanan pasukan mereka yang seterusnya menentang Daredevils.
Ketika diminta untuk memberi pendapat tentang perlawanan mereka yang seterusnya, dia menjawab “Pemain-pemain kami bukan semuanya ‘fit’. Kami tidak kesah tentang pasukan lawan, yang penting, KAMI AKAN MENJADI JUARA.”
Kami mengucapkan terima kasih kepada Rasyid kerana sudi untuk meluangkan masa bersama kami.
Selepas beberapa hari perlawanan pertama Liga Piala Pengetua SMK Putatan, kami telah bertemu ramah dengan penyerang Wolves, Muhammad Faiz Noh, ketika waktu rehat hari ini (Jumaat) di kelasnya (5 Al-Razi).
Penyerang Wolves ini mengalami kecederaan ringan pada kaki kirinya. Pihak kami bertanya akan keadaannya sekarang.Dia menyatakan bahawa kecederaan pada kaki kirinya menyukarkannya untuk berlari membawa bola.Apabila kami bertanyakan bilakah dia boleh kembali beraksi, penyerang ini dengan penuh semangat mengatakan “Sekarang pun boleh bah!”..
Kami turut meminta pendapatnya tentang perlawan Wolves menentang Wonder Boys yang akan berlangsung minggu hadapan, dia berkata ” Wonder Boys bukan dewa. Mereka juga mempunyai kelemahan dan kami akan mengambil setiap peluang yang ada. Tiada pasukan yang akan menang semua perlawanan…. Sepandai-pandai tupai main bola, kalah juga akhirnya sama cicak.”
Kami mengucapkan terima kasih atas kesudiannya meluangkan masa bersama kami.
Recent Comments