Home > LAPORAN PERLAWANAN > DORMKIDS MENGUNCI WOLVES 2-0

DORMKIDS MENGUNCI WOLVES 2-0

2 – 0 

_

Kemenangan perlawanan pertama Liga SMK Putatan telah diraihkan oleh Dormkids yang telah mengunci Wolves dengan jaringan 2-0.

Jaringan pertama Dormkids diperoleh melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Azman Sulaiman pada minit ke-33.  Jaringan kedua diperoleh pada minit ke-56 oleh Abdul Rasyid Suating.

Wolves juga mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun gagal disempurnakan oleh pemain Wolves.  Peluang keemasan Wolves untuk mengejar Dormkids terlepas apabila percubaan Muhammad Faiz Noh tersasar ke sebelah kanan palang gol.

Perlawanan pertama ini juga menyaksikan dua kad kuning dilayangkan oleh pengadil, En. Christopher Gobilin, kepada pemain Dormkids. Kad kuning ketiga turut dilayangkan kepada pengurus pasukan Dormkids, En. Shamsudin Tjaga, kerana memasuki padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

  1. ismeth06
    April 22, 2010 at 6:04 PM

    Apa boleh buat la cikgu, laporan kami sudah tulis. Orang ramai pun sudah baca.

  2. dirtyshoes
    April 21, 2010 at 1:27 PM

    Melambatkan permaianan atau mengambil masa merupakan satu taktikal yg biasa dilakukan oleh kelab2 profesional untuk mencari mata kemenangan ketika mendahului jaringan.. Contoh situasi 1) Berpura-pura cedera 2) berjalan ketika pertukaran pemain..

  3. April 21, 2010 at 1:11 PM

    Pengurus Pasukan diminta lebih profesional bagi mengelakkan tindakan yang lebih tegas daripada Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan. Harap maklum.

  4. dirtyshoes
    April 21, 2010 at 10:37 AM

    Pertama sekali tahniah kepada DORMKIDS.. Sedikit pembetulan peryataan yang dibuat berkaitan dengan “Pengurus DormKids dilayang kan kad kuning disebabkan memasuki padang”, sebenarnya pengurus DORMKIDS tidak memasuki padang akan tetapi memberi arahan kepada pemainnya agar melewat-lewatkan masa semasa pertukaran pemain…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: