Home > LAPORAN PERLAWANAN > GALAXY MEMBENAM DAREDEVIL 5-2

GALAXY MEMBENAM DAREDEVIL 5-2

5 – 2

_

Perlawanan kedua Liga SMK Putatan dimenangi oleh Galaxy yang telah berjaya membenam Daredevil dengan jaringan 5 berbalas 2.

Perlawanan bermula dengan Daredevil mengawal rentak permainan. Gol pertama telah dijaringkan oleh ketua pasukan Daredevil, Muhd Zulfi Al-Umam Dahroni, dari dalam petak penalti pada minit ke-8.  Walau bagaimanapun, kegembiraan Daredevil terhenti apabila gol penyamaan muncul pada minit ke-9 oleh pemain Galaxy, Mohd Sharil Zairie.

Pada minit yang ke-13, Galaxy berjaya mendahului Daredevil melalui jaringan kedua oleh Shamsir Samsuddin.  Namun, Daredevil berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-25 melalui jaringan Shafreezan Satar. Pada saat-saat terakhir separuh masa pertama, Galaxy telah berjaya mendahului Daredevils sekali lagi melalui jaringan Mohd Sharil sekali lagi.  Separuh masa yang pertama menyaksikan Galaxy mendahului Daredevil dengan jaringan 3 – 2.

Pada separuh masa yang kedua, beberapa peluang berjaya dicipta oleh kedua-dua pasukan. Rentak perlawanan bertambah rancak. Galaxy lebih banyak mengasak kubu Daredevil berulang kali sehinggalah berjaya merobek pertahanan Daredevil. Dua gol yang telah berjaya dihasilkan. Dua gol tersebut jatuh ke tangan Galaxy yang mengambil peluang akibat kesilapan pemain pertahanan Daredevil. Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Mohd Sharil sekali lagi, sekaligus mencipta ‘hat-trick’ pertama kejohanan liga.

Daredevil turut berusaha mencipta beberapa peluang menambah jaringan. Peluang keemasan untuk mengejar kembali Galaxy tiba pada minit ke-56 melalui hantaran tinggi Maxmillan Bryan James kepada Jaya Samry Jaissen Buntang, namun gagal disempurnakan.

Perlawanan ini juga menyaksikan satu kad kuning dilayangkan kepada pemain Galaxy, Jeffrey, atas kesalahan melengahkan permainan.

Keputusan akhir perlawanan ialah Galaxy 5, Daredevil 2.

  1. LANGITBIRU
    April 28, 2010 at 8:34 PM

    apapun galaxy fc lebih bersifat merendah diri….bola itu bulat…pemain galaxy fc menghormati semua pasukan yg bertanding….kalh menang adat perlawanan,yg penting semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua pihak…

  2. April 21, 2010 at 11:04 PM

    Amaran buat Dormkids. Galaxy perlu diberikan perhatian! Memiliki pasangan penyerang dengan skil dan kepantasan serta penyudah yang berkesan, …Daredevil tampil dengan aksi lemah di barisan pertahanan dan penyerang yang kurang bermutu. Pengurus pasukan perlu lebih bijak mencongak strategi. B/manapun perlawanan hari ini sangat menarik dan menghiburkan berbanding perlawanan pembuka tirai semalam. Tahniah kepada kedua-dua pasukan……………Teruskan perjuangan yang belum selesai ini.

  3. dirtyshoes
    April 21, 2010 at 9:32 PM

    tahniah,… diucapakan kpada pemenang perlawanan tersebut.. Insyaallah kami pasukan dormkids akan memberikan saingan yang [positive dalam menentang pasukan2 yang bertanding..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: