Home > MAKLUMAN AM > NOMBOR PERTUKARAN PEMAIN

NOMBOR PERTUKARAN PEMAIN

Kami mengalami sedikit kepincangan dalam penyediaan nombor pertukaran pemain (substitution) sejak semalam (hari pertama). Apa yang kami lakukan ialah menyediakan dua set nombor yang dicetak di atas kertas berwarna merah dan hijau. Tetapi ianya tidak praktikal. Maklumlah, ia hanya kertas A4 yang belum dilaminasi lagi.

namun demikian, dalam keadaan serba kekurangan, kami berjaya juga melaksanakan perlawanan pertama dan melakukan pertukaran pemain dengan jayanya.

Tanpa diduga atau diminta, En. Awg. Roslan Awg. Yusoff, telah mengejutkan kami dengan sumbangannya berupa papan Nombor Pertukaran pemain yang lebih baik, lebih praktikal dan kreatif.

Namun, agak malang sekali, papan itu belum dapat digunakan untuk perlawanan kedua ini kerana kedua-dua pasukan TIDAK MEMPUNYAI NOMBOR di baju masing-masing! Mahu tak mahu, pertukaran pemain terpaksa dilakukan dengan menjerit nama pemain yang dikeluarkan.

Apa-apapun, kami tetap berbesar hati dan bangga dengan rekaan papan nombor tersebut. Kami juga berasa amat terharu di atas usahanya menyediakan papan tersebut.

Terima kasih kami ucapkan.

  1. jimmy
    April 23, 2010 at 7:32 PM

    huhuhu…. pnat mulut betriak tym xda “papan” 2….
    huhuhu…

  2. dirtyshoes
    April 22, 2010 at 9:40 PM

    Pertama sekali DORMKIDS merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Awg. Roslan atas usaha dan kerjasama serta prihatin di dalam menyediakan papan pertukaran pemain..

  3. April 22, 2010 at 12:04 AM

    hahaha..malas mau bukak sana buku pelawat..comment on terkini nya buletin..hehehe..ok2..sorry a.:)

  4. April 21, 2010 at 11:45 PM

    salam..apa2 pun tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mewujudkan laman web ini.sungguh memberangsangkan kerana di update setiap hari.tahniah!(tapi tolong buat pembetulan untuk nama pengurus pasukan Wolves..bukan Khairul Aziren..tetapi Khairul Azirin B Ismail ye..tq…caya la SMK Putatan.

  5. April 21, 2010 at 11:45 PM

    Wahai En. Khairul Azirin Ismail, pengurus bestari. Tahukah anda, bahawa mesej ini salah tempat? Sebaik-baiknya tinggalkan pesan di ruangan BUKU PELAWAT mengikut Pasukan.

  6. April 21, 2010 at 11:42 PM

    salam..kepada dormkids..ingat!kita akan bertemu sekali lagi..kekalahan mesti dibalas…hutang darah di bayar darah,hutang gol dibayar Gol!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: