Home > LAPORAN PERLAWANAN > WONDER BOYS MENDOMINASI ACHIEVERS 6 – 0

WONDER BOYS MENDOMINASI ACHIEVERS 6 – 0

0 – 6

_

Perlawanan ketiga Liga SMK Putatan telah berjaya dimenangi oleh Wonder Boys setelah berjaya menjaringkan 6 gol berbalas 0. Achievers tidak dapat mengekang keajaiban pasukan lawan.

Di awal perlawanan, Wonder Boys menguasai perlawanan dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Achievers dari kedua-dua tepi padang. Namun demikian percubaan demi percubaan tidak menepati ke gawang. Achievers, dengan bersungguh-sungguh cuba mengekang serangan Wonder Boys dengan menggunakan bahagian tengah untuk merancang serangan balas. Beberapa siri percubaan telah berjaya dihasilkan oleh Achievers tetapi tersasar dari gawang lawan.

Hanya selepas minit ke-25, barulah Wonder Boys dapat menjaringkan gol pembukaan melalui rembatan Nuh Abarasa Asan, penyerang berbisa Wonder Boys. Seakan-akan Achievers terpegun dengan jaringan tersebut, pertahanan Achievers gagal mengekang jaringan kedua oleh Zaid Hanafi di minit ke-27. Sejurus sebelum wisel penamat masa pertama, Asizi, kapten Wonder Boys berjaya menghasilkan jaringan peribadi pertamanya di minit ke-30. Masa pertama menyaksikan keputusan Achievers 0, Wonder Boys 3.

Bagaikan ditiup semangat oleh pengurus pasukan, En. Wan Aziz, pasukan Wonder Boys mengasak dengan lebih konsisten dan sehinggakan Achievers terpaksa banyak bertahan di bahagian bawah dan tengah padang. Usaha penyerang Wonder Boys terbayar melalui tambahan jaringan melalui Aznil di minit ke-49, Hafizudin di minit ke-57 (sepakan penalti) dan Zaid Hanafi di minit ke-59.

Didapati pertahanan Achievers masih lemah, sehinggakan pemain tengah terpaksa turun membantu. Jika tidak, kemungkinan besar Wonder Boys akan berpesta gol. Perlawanan ini juga menyaksikan satu layangan kad kuning diberikan kepada Razmin, pemain gantian di separuh masa kedua.

Keputusan akhir, Achievers 0 – 6 Wonder Boys

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: