Home > LAPORAN PERLAWANAN > DORMKIDS GAGAL ATASI WONDER BOYS

DORMKIDS GAGAL ATASI WONDER BOYS

0 – 1

Perlawanan ke-7, pusingan ke-3, minggu ke-3 dimulakan dengan permainan berhati-hati oleh Dormkids. Kelihatan Dormkids berusaha mengekang serangan berbisa Wonder Boys dengan menumpukan kekuatan di bahagian pertahanan. Beberapa siri serangan Wonder Boys berjaya dipatahkan dengan begitu baik sekali. Perlawanan separuh masa pertama agak hambar dan tiada jaringan berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Namun begitu, satu layangan kad kuning diberikan kepada Shazmie, dari Dormkids kerana kekasaran yang dilakukan ke atas pemain sayap kanan Wonder Boys, Hafizuddin. Kedudukan kekal terikat 0-0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan serangan bertubi-tubi Wonder Boys melalui kedua-dua tepi padang melalui larian pantas Hafizudin dan juga Zaid. Malangnya umpanan ketengah kerap berjaya dihalang oleh pertahanan Dormkids. Azman benteng akhir Dormkids bermain dengan cemerlang dalam mengemudi barisan pertahanan. Satu-satunya jaringan berjaya dihasilkan oleh Aznil di minit 58 melalui sepakan kencang dari jarak 25 meter. Tendangan deras Aznil terkena palang dan melantun masuk ke gawang Dormkids menjadikan Wonder Boys akhirnya memenangi perlawanan ini, sekaligus meneruskan rekod perlawanan tanpa kalah mereka. Tetapi separuh masa kedua ini dicemari dengan insiden layangan kad kuning kepada Aznil dari Wonder Boys kerana sengaja menggunakan tangan menampan bola.

Keputusan rasmi perlawanan, Dormkids 0 – 1 Wonder Boys.

Dalam perkembangan lain, pihak kami berbangga menerima sumbangan ‘SCOREBOARD’ atau papan skor hasil kreatif En. Awg. Ruslan. Buat julung-julung kalinya, kita mempunyai papan skor sendiri. Terima kasih Cikgu Awg. Ruslan di atas sumbangan anda. Sila rujuk gambar untuk melihat bentuk papan skor yang digunakan dalam perlawanan minggu ini.

This slideshow requires JavaScript.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: