Home > LAPORAN PERLAWANAN > DAREDEVIL MENGASAK ACHIEVERS 7-1

DAREDEVIL MENGASAK ACHIEVERS 7-1

7 – 1

Perlawanan ke-8 antara Daredevil menentang Achievers jelas berat sebelah. Kekuatan pemain yang diturunkan amat berbeza umpama bumi dengan langit. Daredevil mempunyai barisan pemain yang mampu mengucar-kacirkan Achievers sejak awal permainan. Di sebalik kelincahan dan persaingan di dalam padang, pihak kami berbesar hati menerima kehadiran Puan Pengetua, Hjh A’zah Hj Ismail, yang turut sama menonton perlawanan petang ini. Di samping itu, ramai juga penonton turut hadir memberi sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing.

Separuh masa pertama Achievers terpaksa menghadapi pelbagai serangan dari segenap penjuru. Daredevil menguasai permainan hampir di keseluruhan padang manakala pemain tengah Achievers gagal menggerakkan bola ke atas untuk merancang serangan. Jaringan pertama berjaya  dihasilkan Daredevil seawal minit ke-5 hasil cubaan Nasrul. Achievers cuba menyamakan kedudukan tetapi gagal mendekati gawang lawan. Jaringan kedua Daredevil dilaksanakan oleh M. Shafiq di minit ke-11. Empat minit kemudian Aniq menambah jaringan mudah di hadapan gawang Achievers, menyebabkan pertahanan Achievers terpinga-pinga. Daredevil mula berpesta gol apabila jaringan ke-4 dihasilkan oleh Nasrul sekali lagi. Namun begitu, Daredevil dikejutkan oleh Achievers apabila berjaya membolosi gawang lawan di minit ke-30, hasil cubaan Khairul Anwar. Keputusan separuh masa pertama, Daredevil 4-1 Achievers.

Separuh masa kedua menyaksikan Daredevil membuat serangan bertubi-tubi, namun Achievers bekerja keras untuk mengekang serangan. Perubahan taktikal Achievers menjadi apabila jaringan gagal diperolehi oleh Daredevil dalam tempoh 10 minit perlawanan kedua. Namun Daredevil yang nekad untuk membelasah Achievers akhirnya membuahkan hasil apabila Maxmillian berjaya menjaringkan gol sulung peribadinya di minit ke-42. Di minit ke-46, Maxmillian sekali lagi memecahkan gawang Achievers untuk jaringan kedua dan gol ke-6 Daredevil. Tak sampai 5 minit kemudian, Naufal berjaya mencipta gol ke-7 Daredevil.

Achievers juga sebenarnya berjaya mencipta beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Beberapa peluang terhidang di hadapan gawang, tetapi penyerang Achievers gagal melakukan percubaan yang baik. Aizat juga mempunyai peluang terbaik dalam minit ke-45, tetapi dia teragak-agak untuk menendang terus menyebabkan peluang itu terlepas begitu sahaja. Pertahanan Daredevil berjaya mengekang serangan Achievers. Malangnya, perlawanan terpaksa dihentikan di minit ke-55 kerana perubahan cuaca mendadak. Petir dan guruh berlaku diikuti hujan semakin lebat. Penamatan perlawanan adalah demi mengakuri prosedur dan peraturan perlaksanaan aktiviti ko-kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Keputusan rasmi perlawanan, Daredevil 7 – 1 Achievers. Perlawanan diadili oleh En. Yahya Hj. Abas.

  1. PENYOKONG ACHIEVERS
    May 11, 2010 at 2:28 PM

    ACHIEVERS…GO GO GO….

  2. PENYOKONG ACHIEVERS
    May 11, 2010 at 2:26 PM

    ala bru i2…dont give up achievers……..GO GO GO…
    kmu x mnang pwn janji mantap brther……yeah….
    go luck.. trskan usaha..
    apa y pnting KERJASAMA…..

  3. kinpachi(RAZIAN PEEPS)
    May 9, 2010 at 2:10 PM

    hua3…DAREDEVIL MENGGANAS…

  4. keluarga 4 Al-Razi
    May 7, 2010 at 2:04 PM

    go2 keluarga al-razi….daredevil..!!
    pasti menang….ka c bangga Razian Peeps…

  5. Razian's Peeps
    May 7, 2010 at 2:03 PM

    aku bngga ngn daredevil hr rabu tu…haha…
    lwa la..belasah hbis bha…7-1…
    hbat kmu geng….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: