Home > PENGETAHUAN, PERATURAN > PERATURAN PERTANDINGAN

PERATURAN PERTANDINGAN

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut:-

7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2,

7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima belas (15) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4,

7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu perlawanan,

7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0,

7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0.

7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM (Penegasan Semula)

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.

8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.

8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.

8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.

8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukan akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.

8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.

8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka Syarat-Syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment