Home > MAKLUMAN AM, PENDAPAT ANDA > PERLAWANAN BOLA SEPAK MUNGKIN DIJADUAL DALAM CUTI SEKOLAH

PERLAWANAN BOLA SEPAK MUNGKIN DIJADUAL DALAM CUTI SEKOLAH

Pihak penganjur ini memberi makluman awal kepada semua pemain bola sepak liga sekolah yang terlibat bahawa perlawanan pusingan 4, 5 dan seterusnya berkemungkinan besar akan dijadualkan dalam cuti sekolah pertengahan tahun ini.

Perlawanan, jika dapat dilaksanakan, akan dipindahkan ke padang bola sepak berdekatan, dengan syarat memperoleh dana dan kebenaran menggunakan padang tersebut. Perancangan awal ialah padang bola sepak Pasir Putih, di sebelah belakang Pejabat Pentadbiran Daerah Kecil Putatan.Jika kita gagal memperoleh kebenaran menggunakan padang tersebut, pihak penganjur akan berusaha dahulu mendapatkan padang lain di sekolah lain yang berdekatan.

Tetapi jika semua pihak terlibat setuju, termasuklah ibu bapa pemain bola sepak liga sekolah, untuk mengumpul wang menyewa Stadium Penampang dan pengangkutan ke sana, pihak penganjur tidak ada halangan untuk merancang perlawanan seterusnya di Stadium Penampang.

Apa yang diperlukan sekarang ialah wang dan pengangkutan ke lokasi tersebut.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? Adakah ibu bapa anda sanggup membantu (sebagai ibu bapa dan juga sebagai ahli PIBG) pasukan anda menaja/membiayai kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan di lokasi lain.

Bancian ini adalah bancian tidak rasmi tetapi ia boleh diguna pakai untuk tujuan perancangan seterusnya.

“BOLA SEPAK MEMBINA WATAK”

  1. zaid_kaka`
    May 23, 2010 at 6:33 PM

    ~bagi saya cadangan ke kompleks penampang amat bagus….

    ~ckgu edarkan surat pemberitahuan kpda ibu bapa…

    ~saya pasti akan rmai yg sokong…

    ~dan akan rmai yg hadir mnonton kehebatan anak2 mreka bermain…

    ~para pemain jga akan ada pngalamn seumur hidup brmain d kompleks dgn suasana meriah dgn pnyokong…

    ~sya harapkan cadangan ini d laksanakan….

    ~amin…

    ~nobody,nobody but you…!!!

  2. hotcake
    May 20, 2010 at 11:17 PM

    berapa sewa stadium penampang cikgu? sewa 1 hari atau 1 game ja?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: