Home > MAKLUMAN AM > BAHAGIAN KEDUA LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN BERMULA AHAD, 26 SEPTEMBER 2010

BAHAGIAN KEDUA LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN BERMULA AHAD, 26 SEPTEMBER 2010

September 25, 2010

Walaupun memang pahit ditelan, dan kata-kata nista dihamburkan kepada kami, majoriti pelajar yang terlibat dalam kejohanan liga bola sepak ini masih ingin menamatkan perlawanan seperti dirancangkan iaitu 10 perlawanan.

Untuk itu, maka perlawanan pusingan 6 dan 7 akan dijalankan pada hari Ahad ini. Keputusan ini adalah muktamad dan saya Cg Rithuwan akan bertanggung jawab terhadap ‘tindakan salah’ ini.

Week Game Date Home Score Away Score Location
6 1 26/09/2010 (pagi) Wolves Dormkids Pdg Sklh
6 2 26/09/2010 (pagi) Daredevils Galaxy Pdg Sklh
6 3 26/09/2010 (pagi) Wonder Boys Achievers Pdg Sklh
7 1 26/09/2010 (petang) Dormkids Daredevils Pdg Sklh
7 2 26/09/2010 (petang) Wonder Boys Wolves Pdg Sklh
7 3 26/09/2010 (petang) Achievers Galaxy Pdg Sklh

Untuk pengetahuan semua, kesemua perlawanan bola sepak ini sepatutnya ditamatkan sebelum bulan Ramadhan, iaitu di akhir bulan Julai. Tetapi memandangkan padang bola sepak itu baru hendak diperbaiki oleh kontraktor dilantik, menyebabkan pihak kami terpaksa beralah dan menunda kesemua baki perlawanan.

Sebenarnya menyedari kepentingan sukan ini kepada pelajar dan negaralah yang masih menjadi pembakar semangat untuk meneruskannya, walaupun telah ada kata-kata tak baik dihamburkan kepada pelajar yang menyertai kejohanan ini. Ianya amat tak adil. Pelajar SPM masih mempunyai baki 1 1/2 bulan lagi sebelum menduduki peperiksaan. Lagipun perlawanan ini dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad, tidak menjejaskan kelas harian dan kelas tambahan harian. Mana-mana pelajar yang ada komitmen lain termasuk ke tuisyen tidak dihalang dari tidak hadir.
Sebaliknya kita mengharapkan pelajar-pelajar ini akan kekal sihat, otak cerdas dan gembira untuk berjaya dalam SPM mereka.
Oleh itu, mana-mana individu yang masih ‘kolot’ dan memikirkan bahawa penglibatan pelajar dalam sukan adalah sia-sia dan boleh menjejaskan keputusan SPM mereka, apa kata kita tunggu dan lihat sahaja. Jika ada pelajar sedia pandai dan selalu skor A menjadi bodoh, maka itu salah saya selaku guru penasihat kelab, tetapi jika ada pelajar yang selalu gagal dan selalu skor F menjadi pandai dan lulus dengan baik, saya berharap jangan pula salahkan saya juga.

Saya komited kerana pelajar juga komited. Saya melakukan semua ini demi pelajar ‘budak bola’ kami juga.

Categories: MAKLUMAN AM
%d bloggers like this: