Home > MAKLUMAN AM > Perlawanan Pusingan 4 dan 5 diteruskan Sabtu ini

Perlawanan Pusingan 4 dan 5 diteruskan Sabtu ini

September 25, 2010

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan menunda perlawanan liga sekolah disebabkan oleh masalah padang sekolah, maka pada hari ini kami telah menyambung perlawanan dua pusingan terakhir bagi BAHAGIAN 1 liga, pusingan 4 dan pusingan 5.

Week Game Date Home Score Away Score Location
4 1 25/9/2010 (pagi) Achievers Dormkids Pdg Sklh
4 2 25/9/2010 (pagi) Wonder Boys Galaxy Pdg Sklh
4 3 25/9/2010 (pagi) Daredevils Wolves Pdg Sklh
5 1 25/9/2010 (petang) Dormkids Galaxy Pdg Sklh
5 2 25/9/2010 (petang) Achievers Wolves Pdg Sklh
5 3 25/9/2010 (petang) Wonder Boys Daredevils Pdg Sklh
4 1 Achievers Dormkids Pdg Sklh
4 2 Wonder Boys Galaxy Pdg Sklh
4 3 Daredevils Wolves Pdg Sklh
5 1 Dormkids Galaxy Pdg Sklh
5 2 Achievers Wolves Pdg Sklh
5 3 Wonder Boys Daredevils Pdg Sklh

Setiap perlawanan diperuntukkan 25 minit setiap separuh masa pertama dan kedua, diselangi rehat 10 minit. Jadual perlawanan bermula dari pukul 8:00 hingga 11:40 pagi, dan disambung pada pukul 1:30 hingga 5:00 petang.

Untuk makluman semua, hanya saya seorang sahaja guru yang dapat terus berada di padang sekolah bersama pemain-pemain bola sepak liga sekolah, dari pagi hingga ke petang. Juga buat pertama kalinya dalam hidup, saya menjadi PENGADIL PERLAWANAN untuk kesemua enam perlawanan tanpa henti kecuali untuk ke tandas dan waktu rehat 10 minit sebelum separuh masa kedua setiap perlawanan.

Juga disebabkan oleh itu, tidak ada koleksi gambar dapat dipaparkan dalam blog ini kerana hanya saya yang mempunyai kamera. Guru lain tak dapat hadir mungkin kerana komitmen keluarga lebih penting, atau urusan penting yang tak boleh ditangguh-tangguhkan lagi. Tak apalah, selagi tak beri masalah lain kepada saya pula. Setakat hari ini pun, pelajar okay.

Lagipun, salah saya jugalah kot, tak maklumkan secara rasmi melalui surat kepada pihak-pihak berkenaan. Nasib baik pemain bola liga kami ‘sporting’, tak kisahpun. Mereka masih boleh berdikari dan mengikut peraturan bola sepak dengan sewajarnya. Alhamdulillah.

Apa-apapun, perlawanan memang tidak dihadiri penonton yang ramai. Begitulah nasib. Kita akan cuba baiki pengurusan dan promosi tahun hadapan.

Categories: MAKLUMAN AM
%d bloggers like this: