Home > LAPORAN PERLAWANAN > PERLAWANAN KESEMUA BAHAGIAN KEDUA DIPERCEPATKAN

PERLAWANAN KESEMUA BAHAGIAN KEDUA DIPERCEPATKAN

September 26, 2010

Keputusan terkini, setelah saya berbincang dengan majoriti pemain liga yang berada di padang sekolah, untuk menyelesaikan kejohanan liga ini pada hari ini juga. Persaingan hanya berbaki 15 perlawanan, tetapi disebabkan ada dua pasukan gagal menghadirkan diri sepenuhnya, maka kedua-dua pasukan berkenaan dianggap ‘forfeit’ atau mengaku kalah. Sekaligus, ini meninggalkan hanya empat pasukan utama bersaing merebut kedudukan teratas liga. Keempat-empat pasukan yang masih ligat beraksi ialah Dormkids, Wonder Boys, Wolves dan Daredevils.

Justerus itu, hanya ada 5 perlawanan terakhir perlu diselesaikan. Maka dengan itu, kami telah berjaya menamatkan KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN musim pertama dengan jayanya, walaupun ada kepincangan di bahagian pengurusan pasukan tertentu.

Keputusan sepenuhnya akan dilaporkan oleh kami dalam pos yang lain.

Kepada semua pemain liga, semua penyokong pasukan, kepada pihak ibu bapa yang merestui penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti ko-kurikulum bola sepak sehingga ke hari ini, dan kepada pengetua hjh Azah Hj. Ismail, kami mengucapkan jutaan terima kasih.

Kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan musim 2011, musim kedua, akan dimulakan dalam pertengahan bulan Januari 2011, tertakluk kepada takwim Ko-kurikulum rasmi sekolah dan polisi ‘1 murid 1 sukan’ yang akan berkuatkuasa tahun 2011.

Categories: LAPORAN PERLAWANAN
%d bloggers like this: