Home > MAKLUMAN AM > Tahniah Kelantan FA, Juara Piala Malaysia 2010

Tahniah Kelantan FA, Juara Piala Malaysia 2010

October 30, 2010

Kejohanan Liga Malaysia musim 2010 telah menutup tirai dengan tamatnya perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan FA menentang Negeri Sembilan FA. Dikenali sebagai the RED WARRIORS, Kelantan FA berjaya memenangi Piala Malaysia dengan jaringan 2 berbalas 1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini Sabtu malam (29 Oktober 2010).

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Naib Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan FA tetap memberikan saingan yang sengit sepanjang perlawanan sehinggalah ke wisel penamat.

Categories: MAKLUMAN AM
%d bloggers like this: