Home > CAKAP-CAKAP > Realiti pemain bola sepak negara – satu cabaran

Realiti pemain bola sepak negara – satu cabaran

Cikgu kerap membaca laman sesawang Harimau Muda dan mengikuti perkembangan pasukan Harimau Muda A sepanjang ‘kuliah’ mereka di Slovakia. Dengan mengabaikan aspek kewangan yang telah diuruskan oleh FAM, selaku peminat dan penyokong bola sepak negara, saya mengakuri keperluan mereka berada di bumi Eropah mencari pengalaman dan ilmu baru yang tentunya amat berharga. Jika orang lain hanya membaca buku teori dan praktikal bola sepak dan bermain di laman sendiri, mereka pula, HMA, bukan sahaja belajar tetapi juga telah bermain dengan pemain-pemain muda dan pelbagai peringkat usia di bumi Slovakia. Jika ‘hands-on’ yang kita inginkan, maka mereka telahpun melakukannya.

Jika anda membaca blog mereka, anda sememangnya akan mengakuri beberapa perkara yang mengecewakan. Malah suatu ketika dahulu, ada pihak yang menentang usaha FAM ini dan menganggapnya suatu pembaziran. Bagi diri saya pula, soal itu tidak timbul, apa yang saya fikirkan ialah peluang memberi latihan dan peluang bermain dengan pemain-pemain profesional luar negara. Slovakia adalah satu-satunya negara yang menyetujui permohonan FAM dan memberi ruang dan peluang kepada wira muda kita.

Memang benar HMA selalu kalah dalam perlawanan menentang pasukan-pasukan dalam Liga Slovakia tersebut, kenyataan yang telah tertulis. Kecualilah dalam beberapa siri perlawanan terakhir, tanpa diduga HMA berjaya memenangi 3 perlawanan. Lihat sahaja statistik mereka di dalam blog tersebut.

Tetapi perjalanan makin jauh. Kehadiran mereka ke persada Liga Super musim 2011, adalah amat dinantikan. Cikgu ingin melihat keupayaan baru mereka menentang 13 pasukan lain. Sudah pasti nanti kunjungan mereka ke Sabah nanti menentang Sabah FA akan ditunggu untuk melihat sendiri gaya dan corak permainan mereka.

Apakah cabaran kita pula di sekolah dalam memperjuangkan sukan bola sepak untuk negara? Cabaran sebenar bukan lagi sekadar mencari dan mencungkil bakat baru pemain bola sepak tetapi juga melihat kesihatan dan perkembangan fizikal pemain bola sepak kita.

Biarlah cikgu petik gambar dari blog Harimau Muda untuk menggambarkan realiti sebenar bola sepak dunia, terutamanya Eropah dan kita di Malaysia.

Ferris Danial dikawal ketat oleh ‘abang angkatnya’ sepanjang perlawanan
‘Dugaan berliku’ yang perlu diatasi oleh oleh pemain kita di Slovakia. Kata Wan zaharulnizam..”dia orang makan lauk sahaja, kita orang makan nasi lebih banyak daripada lauk..macam mana nak besar.”

Kepada cikgu, pemain Harimau Muda A pun dah cukup tinggi, tetapi lihatlah abang-abang angkat mereka.

Inilah dugaan dan cabaran yang juga amat penting kepada sukan negara. Apakah caranya kita boleh membantu membesarkan generasi baru Malaysia yang tinggi dan berotot. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sememangnya telah berusaha membantu secara tak langsung dalam hal ini melalui program makanan tambahan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah serta kawalan penentuan menu makanan untuk pelajar-pelajar asrama. Namun demikian, jika kita ingin mempercepatkan proses melahirkan generasi atlet atau ahli sukan seperti bola sepak yang tinggi dan bertubuh sasah (atau sesuai saiznya), kita memerlukan bantuan ibu bapa untuk berbelanja besar dalam pemakanan sihat anak-anak. Generasi pemain bola sepak Jepun dan Korea sekarang ini adalah generasi yang bertubuh tinggi dan bersaiz besar, manakala pemain bola sepak Malaysia ada juga bertubuh tinggi tetapi bersaiz kecil atau sederhana.

Hanya sebilangan bermakna kita masih memerlukan lebih ramai pemain yang mempunyai susuk tubuh yang sesuai dengan sukan bola sepak moden. Itulah realiti dan itulah cabaran menjelang 2020.

Apakah tanggungjawab kami, guru-guru yang terlibat, dalam Liga Bola Sepak SMK Putatan? Buat masa ini, kami akan berusaha meneruskan pertandingan Liga Bola Sepak SMK Putatan ini yang bakal memasuki musim kedua, di samping menggalakkan penglibatan seberapa ramai pelajar dalam sukan bola sepak. Di samping itu, kami akan cuba mendidik dan memberi nasihat mereka dalam hal-hal kesihatan dan pemakanan, setakat kesesuaian dan kemampuan kami.

Kesimpulannya, jika kita ingin melahirkan pemain bola sepak untuk negara, kita perlu sediakan generasi baru yang mempunyai kemahiran bola sepak di peringkat sekolah lagi di samping mencari pemain yang bertubuh badan yang ideal untuk menjadikan pasukan bola sepak Malaysia yang mampu menyaingi negara-negara di luar ASEAN. Barulah kita boleh mempercepatkan proses menyediakan pasukan kita untuk Piala Dunia pada tahun-tahun akan datang.

PENAFIAN : Kenyataan dan pandangan di atas adalah wacana peribadi dan tidak mencerminkan prinsip dan pegangan organisasi dan pentadbiran sekolah.

Categories: CAKAP-CAKAP
  1. March 11, 2011 at 11:53 PM

    poli :

    x pun cikgu bola sepak dkat 1M1S tu cikgu?

    PK Kokum cakap, bola sepak terpaksa ditukar kerana masalah padang. Tetapi sekarang cuaca dah kurang hujan dan padang macam dah okay. Jadi kejohanan liga ini dianggap sebagai pengganti walaupun pada asalnya liga ini adalah aktiviti berasingan.

  2. poli
    February 28, 2011 at 4:16 PM

    x pun cikgu bola sepak dkat 1M1S tu cikgu?

  3. Cg Rithuwan
    February 19, 2011 at 1:59 AM

    mantap cam besa :
    cikgu,yang 1 Murid 1 Sukan tue semua kelas terlibat kah??.,bole import pemain dari kelas len men untuk kelas kita kah??…

    Student yang terlibat ditentukan oleh unit Ko-kurikulum, iaitu PK Ko-kurikulum sendiri. Istilah import yang PK pakai merujuk kepada pelajar dari kelas lain yang ramai lelaki dipinjamkan ke kelas yang kurang pelajar lelaki. Korang tak boleh pilih sendiri.

  4. mantap cam besa
    February 7, 2011 at 4:21 PM

    cikgu,yang 1 Murid 1 Sukan tue semua kelas terlibat kah??.,bole import pemain dari kelas len men untuk kelas kita kah??…

  5. February 1, 2011 at 11:19 PM

    Sam :

    Cikgu,Liga ada ka ni tahun?
    sya tngok mcm tiada ja tu sbb skrg digalakkan 1 murid 1 sukan..

    Liga tetap ada. Cuma lagi, sebagai penasihat KBSSMKP, cikgu berpendapat lebih baik lewatkan sepak mula liga supaya permulaan aktiviti 1M1S dapat dilancarkan dan semua guru dan pelajar dapat terbiasa. bila dah ramai orang terlibat main bola, tak mustahil kejohanan Liga Piala Pengetua akan lebih ramai pengikut dan penonton serta penyokong pasukan yang bertanding.
    Tapi itu pandangan cikgu sahaja. Mudah-mudahan ia betul.

  6. Sam
    February 1, 2011 at 6:30 PM

    Cikgu,Liga ada ka ni tahun?
    sya tngok mcm tiada ja tu sbb skrg digalakkan 1 murid 1 sukan..

  7. December 29, 2010 at 11:39 PM

    Seberapa cepat yg boleh. Buka sekolah ni, akan ada pendaftaran pemain baru setiap pasukan. Sudah tentu, peraturan yang ditetapkan mesti dipatuhi.

  8. AIZAT
    December 26, 2010 at 1:15 AM

    jadi cikgu..liga season baru bila mula ?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: