Home > MAKLUMAN AM > PERUBAHAN FORMAT KEJOHANAN LIGA SMK PUTATAN 2011

PERUBAHAN FORMAT KEJOHANAN LIGA SMK PUTATAN 2011

March 6, 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nampaknya perancangan perlaksanaan kejohanan liga dalaman sekolah kita semakin mencabar. Kesesakan jadual ko-kurikulum dengan aktiviti sukan 1M1S utama turut merencat penjadualan kejohanan ini. Ditambah lagi bulan Puasa dijangka bermula di minggu akhir bulan Julai, maka kejohanan kali ini mesti ditamatkan sebelum pertengahan Julai.

Mengambil kira pengalaman tahun lepas, beberapa perkara perlu dinyatakan di sini yang melibatkan pemain, pasukan dan sebagainya. Antara perkara penting ialah:

  1. Pemain lebih suka bermain antara hari Isnin hingga Jumaat. Ada penonton kata sesetengah mereka. Sesetengah pemain sengaja tidak hadir bermain pada hari Sabtu.
  2. Ada sesetengah pemain tidak komited dengan pasukan. Jika pasukan kalah, mereka mula tidak hadirkan diri. Malu barangkali.

Bagaimanakah kami boleh menangani perkara ini dan memuaskan hati semua pihak? Itulah yang perlu difikirkan.

Apa yang pasti, tahun 2011 ini masih memungkinkan jadual kejohanan turut dijalankan pada hari Sabtu pagi dan petang untuk membolehkan ia dilengkapkan dalam tempoh yang dirancang. Juga pemain haruslah ingat mana-mana perlawanan, baik sukan mahupun perkara lain, akan ada yang menang dan ada yang kalah.

Dalam dunia sukan, sepatutnya semangat berpasukan dan setiakawan dikekalkan di dalam pasukan masing-masing. Pemain harus mula memupuk nilai-nilai seperti bertanggungjawab, komited terhadap pasukan, tabah, setia dan banyak lagi. Jatuh bangun pasukan adalah tugas dan hak bersama. Kikis perasaan malu atau menjauhkan diri, ataupun hanya ingin yang hebat tetapi bila gagal, menjauhkan diri dan mengelak dari bertanggungjawab. Bola sepak bukanlah tempatnya untuk individu seperti itu.

Baiklah, kembali kepada topik utama, format kejohanan. Secara kasarnya kejohanan kali ini melibatkan dua peringkat pertandingan.

  1. Peringkat 1 – Perlawanan ’round robin’ satu kumpulan liga.
  2. Peringkat 2 – Perlawanan separuh akhir dan akhir.

Peringkat 1 melibatkan semua pasukan berdaftar.Dengan kata lain semua pasukan akan berpeluang menentang semua pasukan lain tanpa pengecualian. Kemungkinan besar 1 atau 2 pasukan baru akan ditubuhkan dan turut serta dalam kejohanan ini , tertakluk kepada keputusan akhir pengelola dan penganjur kejohanan. Di sini, perlawanan liga 1 pusingan akan dilaksanakan setiap hari Isnin, Selasa ataupun Sabtu. Hari-hari seperti Rabu, Khamis dan Jumaat TIDAK dibenarkan penggunaan padang kerana program 1M1S dijalankan.  Jadual penuh akan dibentangkan kemudian. Juara dan naib-juara liga peringkat 1 akan tetap diumumkan dan berkemungkinan mendapat hadiah, tetapi juara keseluruhan liga hanya diketahui dalam peringkat 2.

Peringkat 2 merupakan pertandingan separuh akhir 1 dan 2 dan juga perlawanan akhir untuk merebut Piala Pengetua SMK Putatan. Keempat-empat pasukan yang terlibat harus membuat cabutan undi untuk menentukan pasukan yang berjumpa di pusingan separuh akhir. Pemenang pusingan separuh akhir 1 dan 2 akan bertemu dalam pusingan akhir. Juara dan naib juara keseluruhan akan diumumkan.

Secara kasarnya, buat pengetahuan pembaca, jika lapan pasukan turut serta dalam kejohanan ini, maka penjadualan akan melibatkan 28 perlawanan peringkat 1 dan 3 perlawanan peringkat 2. Keseluruhannya, ada 31 perlawanan yang perlu dikendalikan oleh pihak kami dengan sebaik mungkin.

Sekian harap maklum.

Tulisan Cikgu Rithuwan

Penganjur dan pengelola kejohanan,
merangkap pengurus kejohanan
Liga Bola sepak SMK Putatan

Categories: MAKLUMAN AM
%d bloggers like this: