Home > LAPORAN PERLAWANAN > Piala Sumbangsih pemula Liga : Wonder Boys FC menentang Dormkids FC

Piala Sumbangsih pemula Liga : Wonder Boys FC menentang Dormkids FC

April 15, 2011

Pada tarikh13hb April 2011 baru-baru ini, perlawanan pembukaan tirai musim 2011 telah berjaya dijalankan di padang bola sepak SMK Putatan.

Buat julung-julung kalinya, pertemuan dua pasukan terhandal SMK Putatan iaitu SMKP Wonder Boys FC, penyandang juara liga musim 2010, dan SMKP Dormkids FC, naib juara liga musim 2010, untuk merebut Piala Sumbangsih SMK Putatan yang disumbangkan oleh penganjur dan pengurus-pengurus pasukan.

Perlawanan berlangsung pada pukul 3:30 petang dalam keadaan cuaca hujan turun renyai-renyai. Padang yang becak tidak menghalang perlawanan berlangsung dengan perlawanan yang seimbang. Serang menyerang beredar antara kedua-dua pasukan dengan menyaksikan kedua-dua pasukan kerap melakukan ‘counter attack’.

Pemain Wonder boys  banyak melakukan umpanan ke kotak penalti tetapi gagal mendapatkan sebarang jaringan.Peluang terbaik berjaya diperolehi pada separuh masa kedua tetapi sekali lagi gagal membuahkan hasil. Dormkids hampir mendahului satu gol di separuh masa kedua tetapi malangnya percubaan itu dibatalkan kerana perangkap ofsaid.

Perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan. Juara Piala Sumbangsih terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Hasilnya, Wonder Boys FC mengungguli perlawana apabila berjaya menjaringkan 3 gol penalti berbanding 2 gol penalti dari Dormkids. Sekaligus Wonder Boys FC menjadi juara sulung Piala Sumbangsih yang mula diperkenalkan tahun ini.

Tahniah kepada pengurus pasukan Wonder Boys FC, En. Wan Aziz Wan Hamat serta anak-anak buahnya.

0 – 0
(3 – 2) penalti

Categories: LAPORAN PERLAWANAN
%d bloggers like this: