Home > MAKLUMAN AM > MESYUARAT DAN UNDIAN LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN 2012

MESYUARAT DAN UNDIAN LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN 2012

June 27, 2012

Satu mesyuarat dengan wakil-wakil pasukan telah dijalankan pada 27hb. Jun, 2012 (rabu) untuk memutuskan beberapa perkara berbangkit.

Antara perkara diputuskan ialah perubahan kuota pendaftaran pemain setiap pasukan.

Mesyuarat telah memutuskan bahawa kuota berikut diguna pakai untuk tahun ini.

T3

T4

T5

T6/PRA-U

6

7

7

3

Sepertimana tahun-tahun lepas, penyertaan pelajar Tingkatan 6/Pra-U tidak wajib. Walau bagaimanapun setiap pasukan mesti mempunyai kombinasi T3, T4 dan T5 dalah pasukan masing-masing. Bilangan minimum boleh didaftarkan bagi musim ketiga ini ialah 16 orang dan bilangan maksimum ialah 23 orang, termasuk pengurus atau penolong pengurus dari kalangan pelajar (jika ia turut bermain).

Mesyuarat juga telah membuat undian agihan kumpulan. Pasukan Galaxy FC dan Dormkids FC tidak perlu mengundi, sebaliknya mengambil tempat A1 dan B1 masing-masing.

KUMPULAN A

1             GALAXY FC

2             DAREDEVILS FC

3             SMKP JUNIORS

4             WARRIORS FC

KUMPULAN B

1             DORMKIDS FC

2             ACHIEVERS FC

3             GLORY FC

4             WONDER BOYS FC

%d bloggers like this: