Home > LAPORAN PERLAWANAN > JUARA LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN MUSIM 2012

JUARA LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN MUSIM 2012

July 15, 2012

Kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan telah melabuhkan tirainya. Musim ketiga telah tamat dan tibalah masanya kita mengisytiharkan juara bagi musim 2012.

Berikut diumumkan bahawa JUARA LIGA Piala Pusingan Puan Hjh Azah Hj Ismail, Pengetua Cemerlang SMK Putatan, bagi musim kedua (2012), sekaligus mencipta sejarah dua tahun berturut-turut menjadi juara iaitu:

GALAXY FC!!!!

Tahniah kepada pasukan Galaxy di atas kejayaan tersebut.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Naib Juara Liga bagi musim 2012 ini pula jatuh kepada pendatang baru:

SMKP JUNIORS (U-14) FC!!!

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Juniors FC. Ini merupakan tahun pertama penglibatan langsung pelajar sesi petang (tingkatan 1 dan 2) dalam liga ini dan terus menyandang Naib Juara Liga.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tempat Ketiga Liga bagi musim 2011 ini pula jatuh kepada:

ACHIEVERS FC!!!

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Achievers. Pastinya semangat juang anda di dalam padang, bersemangat kenal dan pantang menyerah kalah, amat dikagumi. Tahniah sekali lagi.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Keputusan keseluruhan kejohanan bolehlah dirujuk di sini.

Selesailah sudah Liga Bola Sepak SMK Putatan musim ketiga, dan tahniah diucapkan kepada semua pemain liga, atau juga dikenali sebagai ‘budak bola’.

Jangan putus asa, musim kedua bakal menjelang tahun 2013. Mungkinkah persaingan sengit akan lebih terserlah? Kita sama-sama tunggu.

Semoga sukan menjadi wadah perpaduan, kecemerlangan kesihatan dan perkembangan jasmani pelajar di samping menjadi pemangkin kecemerlangan dalam bidang lain termasuklah akademik. Kami percaya sukan adalah kuasa ajaib yang mampu memberi inspirasi kepada anak-anak muda terutamanya pelajar SMK Putatan.

Akhir kata, terima kasih di atas kerjasama semua pihak menjayakan kejohanan ini.

Categories: LAPORAN PERLAWANAN
%d bloggers like this: