Home > MAKLUMAN AM > QUEENS PARK RANGERS MELAWAT KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN 16 JULAI 2012

QUEENS PARK RANGERS MELAWAT KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN 16 JULAI 2012

July 16, 2012

SMK Putatan amat bertuah dan mendapat penghargaan dilawati oleh tiga orang pemain berserta beberapa orang kakitangan Queens Park Rangers (QPR) pada hari ini. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang amat bersejarah kepada semua warga SMK Putatan kerana buat pertama kalinya dilawati oleh pemain bola sepak profesional dari English Premier League.

Rombongan QPR tiba ke perkarangan sekolah lebih kurang 2:50 petang dengan menaiki bas persiaran berserta kakitangan mereka. Pemain QPR yang hadir bersama ialah Michael Doughty, Nedum Onuoha dan Max Ehmer.

Tetapi hanya Nedum Onuoha yang bermain dalam kesebelasan utama, manakala kedua-dua pemain lain adalah pemain yang sering dipinjamkan keluar memandangkan mereka pemain muda (kelahiran 1992) dan kini dipercayai kembali dan diberi peluang bermain untuk QPR. Apa-apapun perkembangan mereka bertiga tentulah seronok diketahui sepanjang musim 2012/2013, sebagai ‘pemain tetamu SMK Putatan’ tahun ini.

Laporan dan beberapa gambar eksklusif akan datang.

Berita mengenai sesi berjumpa peminat ini telah dilaporkan di dalam laman sesawang rasmi QPR di sini (english version).

Berikut adalah terjemahan laporan itu :

Tiga orang pemain dari skuad utama QPR menerima sambutan amat meriah di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu pada petang Isnin.

Nedum Onuoha, bersama-sama dua orang pemain muda profesional Michael Doughty dan Max Ehmer, telah melawat SMK Putatan – sebuah sekolah di mana guru-gurunya membimbing pelajar yang kurang mendapat peluang mengikuti aktiviti sukan – sebagai sebahagian daripada usaha murni Yayasan Inspirasi Antarabangsa.

Yayasan Inspirasi Antarabansa adalah satu janji dibuat oleh pasukan pembida London 2012 (Sukan Olimpik) untuk ‘mendekati orang-orang muda di seluruh dunia dan menghubungkan mereka dengan kuasa berinspirasi sukan permainan supaya mereka dapat beriltizam untuk memilih sukan’.

Program ini bertujuan untuk menggunakan kuasa sukan untukmemperkayakan kehidupan berjuta-juta kanak-kanak dan orang muda yang pelbagai kebolehan, baik di sekolah-sekolah mahupun dalam masyarakat di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara membangun, melalui kuasa usaha pendidikan fizikal, sukan dan permainan yang berkualiti tinggi dan serba melengkapi.

Aspirasi program ini ialah untuk mendekati 12 juta kanak-kanak di dalam 20 buah negara. Ketibaan mereka di sambut meriah oleh hampir 1,000 pelajar (dan kakitangan,) dan dipenuhi oleh jeritan kegembiraan.

Selepas sambutan ringkas daripada Pengetua, ketiga-tiga mereka bergerak ke padang sekolah, di mana pasukan sekolah – yang terdiri daripada remaja berusia antara 13 dan 25 tahun (ralat-19 tahun) – sedang menjalani sesi latihan bola sepak.

Di atas padang yang banyak akan dianggap tidak sesuai bermain, dengan permukaan yang tidak rata dan lopak besar, Onuoha, Doughty dan Ehmer mengambil bahagian dalam siri permainan pendek tiga lawan tiga , sebelum menandatangani autograf dan bergambar untuk gambar dengan mereka yang bernasib baik boleh mendekati mereka.

Acara CSR (Tanggungjawab sosial korporat-TSK) diakhiri dengan CEO Philip Beard menyerahkan beberapa ratus tiket percuma untuk menonton perlawanan persahabatan antara pasukan Pilihan Sabah dengan QPR malam esok (17 Julai) di Stadium Likas. Ia disambut dengan teriakan kegembiraan dari semua hadirin.

Terjemahan oleh Cikgu Rithuwan Nasir

Categories: MAKLUMAN AM
%d bloggers like this: