Home > MAKLUMAN AM > Pendaftaran Pemain Liga Bola sepak SMK Putatan musim ke-4 2013 di bulan Januari 2013

Pendaftaran Pemain Liga Bola sepak SMK Putatan musim ke-4 2013 di bulan Januari 2013

November 30, 2012

Salam.

Liga kita akan dijalankan dalam bulan Mac hingga April 2013 sepertimana ditetapkan dalam takwim oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Walau bagaimanapun, pendaftaran rasmi akan dibuka dalam bulan Januari 2013, kemungkinan di minggu ke-3, untuk membolehkan setiap pasukan menyediakan pemain yang lebih kompetitif dan fit.

PASUKAN-PASUKAN sudah boleh mula mencari pemain seawal buka sekolah, boleh buat uji bakat/pemilihan/trial dan sebagainya serta mencari jurulatih masing-masing. PEndaftaran rasmi perlawanan kepada Cg Rithuwan hanya dimulakan dalam minggu ke-3.

Semoga Liga SMK Putatan Musim 2013 akan lebih meriah dan mendapat sokongan yang berterusan.

Jangan lupa juga yang pertandingan bola sepak peringkat daerah Penampang adalah dalam bulan Februari.

 

Categories: MAKLUMAN AM
%d bloggers like this: