SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN PIALA PENGETUA merupakan hasil cetusan idea Cikgu Rithuwan Nasir dan telah dibawa ke dalam mesyuarat pertama Kelab Bola sepak SMK Putatan dalam bulan Januari 2010.

Idea tersebut turut disokong oleh Cikgu Yahya selaku Ketua Guru Penasihat kelab. Idea ini telah diterima baik oleh semua ahli kelab dan dipersetujui untuk dilaksanakan.

Bermula dari mesyuarat tersebut, Cikgu Rithuwan telah membuat beberapa siri perjumpaan dan mesyuarat susulan melibatkan pelajar-pelajar (ahli) kelab membincangkan perancangan dan perlaksanaan kejohanan ini. Hasil dari perjumpaan tersebut, maka timbul enam orang telah menawarkan diri untuk mengasaskan pasukan yang akan bertanding dalam Liga tersebut. Mereka ialah :

Enam orang pelajar, ahli Kelab Bola Sepak SMK Putatan terpilih menjadi kapten dan pengasas FC

  1. Ahmad Aizat Ahmad Tajudin – 3 An-Nur (2010)
  2. Muhd Zulfi Al-Umam Dahroni – 4 Al-Razi (2010)
  3. Muhazir Bin Jafar – 4 al-Biruni (2010)
  4. Rifal Hidayah – 5 al-Farabi (2010)
  5. Mohd Azanuddin Jaliludin – 5 al-Hariri (2010)
  6. Mohd Asizi Sanusi – 5 al-Batani (2010)

Keenam-enam pelajar ini, yang merupakan ahli Kelab Bola sepak SMK Putatan, dikehendaki menubuhkan kelab kecil atau pasukan bola sepak yang mesti terdiri dari gabungan pelajar tingkatan tiga, empat dan lima, manakala kebenaran khas diberikan untuk penyertaan pelajar pra-U sebanyak 2 orang sepasukan. Sekaligus bolehlah dianggap sebagai PENGASAS kelab bola sepak kecil (FC) dalam sejarah pembangunan bola sepak SMK Putatan.

Dalam tahun 2011, sebuah pasukan baru diperkenalkan dan Jephthah Lira Liu, 5 Al-Hariri, telah dipertanggungjawabkan menubuhkan pasukan tersebut sebagai pasukan ketujuh.

Pertandingan sistem liga digunakan dan Piala kejuaraan adalah piala pusingan. Piala liga didermakan secara peribadi oleh Puan Pengetua sendiri, Yang Berusaha Pn. Hjh. Azah Hj. Ismail. Sekaligus mencipta sejarah pengetua SMK Putatan yang pertama mempunyai piala pusingan untuk kejohanan sukan bola sepak di sekolah ini. Diharapkan sumbangan Piala ini akan menyuntik semangat baru kepada pemain bola sepak di kalangan pelajar untuk bersaing secara sihat, bersungguh-sungguh, dan dengan penuh semangat kesukanan dan kesetiakawanan setiap tahun, selagi dibenarkan.

Juga melalui penubuhan pasukan yang akan terus wujud dari tahun ke tahun akan memberikan nafas baru dalam sukan bola sepak sekolah dan juga budaya sukan baru. Nilai-nilai positif seperti kerjasama antara rakan sepasukan, kreatif, kepimpinan, kekitaan, dan keyakinan diri dapat dipupuk setiap tahun.

Rekaan Cg Rithuwan NasirApa yang membezakan kejohanan ini berbanding kejohanan terdahulu ialah,

1. pasukan bola sepak ditubuhkan khas untuk liga

2. setiap pasukan diberi nama pasukan khas dan dipromosikan sebagai jenama pasukan.

3. liga ini juga mempunyai logonya sendiri serta dipromosikan sebagai satu jenama.

4. pemain bola sepak datang dari semua tingkatan sesi pagi.

5. piala yang dipertandingkan ialah piala pusingan tajaan puan pengetua sendiri. Secara langsung ia adalah ‘BLESSING’ atau RESTU dari pihak tertinggi pentadbiran kepada semua pemain bola sepak (pelajar pelbagai kaum, agama, dan kelas).

6. mempunyai peraturan kejohanan yang seimbang untuk peningkatan sukan itu sendiri dan juga rangsangan kejayaan akademik. Ia adalah diinspirasikan dari sekolah-sekolah di A.S. (seperti ditunjukkan dalam pelbagai filem berkaitan sekolah/kolej/sekolah tinggi). Ingat JERIS? Liga ini mungkin mampu menerapkan semuanya secara langsung ataupun tak langsung.

%d bloggers like this: