PERATURAN

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG yang digunapakai dalam kejohanan Liga Bola sepak SMK Putatan

RINGKASAN

Peraturan Am Bola sepak oleh FIFA dan FAM

  • Kejohanan Liga ini turut mengguna pakai peraturan-peraturan am yang telah ditetapkan oleh pihak FIFA dan FAM
  • Walau bagaimanapun, penganjur juga menetapkan peraturan tambahan khas  untuk liga ini atau mengubah suai mana yang dianggap perlu.

#

Status Pelajar SMK Putatan

  • Mestilah pelajar SMK Putatan yang berdaftar.
  • Sekurang-kurangnya telah bersekolah di SMKP tidak kurang dari 2 bulan, selepas tarikh pendaftaran.
  • Tidak sedang digantung sekolah, dibuang sekolah atau berpindah sekolah semasa pendaftaran pasukan dijalankan. Pendaftaran akan terbatal secara automatik.

#

Mesti Bermain

  • Setiap pemain berdaftar wajib bermain sebagai 11 utama/pemula (first eleven) sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang musim. Tujuannya adalah beri ruang dan keadilan kepada semua pemain menunjukkan dan mengasah bakat masing-masing
  • Pelajar/pemain juga mesti bermain untuk pasukan kelab yang sama bagi tempoh tidak kurang dari 2 tahun dalam kejohanan LIGA ini, kecuali pemain tersebut tidak lagi menjadi pelajar SMK Putatan atas apa alasan sekalipun, termasuklah kematian, perpindahan sekolah ataupun berhenti sekolah kerana tahap umur/peperiksaan.
  • RASIONAL – memberi ruang kepada pemain berkeyakinan diri untuk menyerlahkan kebolehan masing-masing disamping belajar untuk komited kepada pasukan dalam mengekalkan kejuaraan atau merampas kejuaraan dari pasukan lagi.

#

Mesti Lulus Ujian/Peperiksaan

  • Setiap pemain wajib lulus ujian atau peperiksaan diduduki sepanjang musim berjalan.
  • Jika gagal, maka pemain tersebut boleh dikenakan hukuman gantung 2 perlawanan maksimum.
  • Penggantungan TIDAK serta merta. Peluang diberi kepada pemain berkenaan menduduki semula ujian atau peperiksaan tersebut, atau merayu kepada Jawatankuasa Rayuan Akademik
  • Jika lulus ujian gantian (duduk semula), maka penggantungan perlawanan TIDAK PERLU atau DITARIK BALIK dan DIBATALKAN.
  • Pemain MASIH boleh bermain selepas tempoh penggantungan tamat.
  • RASIONAL – mengelakkan pemain hilang tumpuan kepada akademik sehingga menjejaskan potensi kecemerlangan SUKAN DAN AKADEMIK.

#

Mesti Memakai Pelapik/pelindung Betis (Shinpad/Shinguard) dan Kasut Bola Sepak

  • Setiap pemain wajib kasut bola sepak yang sesuai. Kasut lain tidak dibenarkan sama sekali.
  • Setiap pemain wajib memakai pelapik atau pelindung betis. Pemakaian hendaklah betul dan benar-benar berfungsi. Saiz pelapik hendaklah sesuai dengan saiz tubuh badan pemain itu sendiri. Pelapik yang retak, rosak atau pelapik palsu (potongan kotak atau plastik, dll) adalah DILARANG penggunaannya sama sekali.
  • Kegagalan mana-mana pemain mematuhi peraturan ini memungkinkan pasukan anda dikenakan PEMOTONGAN MATA TEKNIKAL tidak kurang dari 1 dan tidak lebih dari 3 bagi setiap kesalahan. Pengulangan kesalahan juga memungkinkan pemotongan mata tambahan.
  • RASIONAL – membantu mengurangkan risiko kecederaan kaki pada pemain-pemain bola sepak sekolah.

Untuk Peraturan Kejohanan Terperinci, rujuk pihak penganjur.

PENGANJUR BERHAK MENAMBAH, MENGUBAH, MENGUATKUASA ATAU MELONGGARKAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN UNTUK KEJOHANAN INI, TANPA PERLU NOTIS AWAL.

%d bloggers like this: