Archive

Posts Tagged ‘guru smk putatan’

KUTIPAN WANG IKHLAS DARI GURU WANITA

April 21, 2010 Leave a comment

Kami, penganjur Liga Bola Sepak SMK Putatan, mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang guru wanita yang bermurah hati dan sudi menghulurkan sumbangan berbentuk wang. Kami telah menggunakan wang sumbangan tersebut untuk membeli air minuman petugas perlawanan hari ini dan insyaAllah, masih boleh menampung perlawanan esok.

Pucuk dicita ulam mendatang. Jika sudi membantu lagi, kami sudi menerimanya. Pastinya setiap sen bantuan itu akan digunakan sepenuhnya dengan sebaik mungkin.

Sememangnya kami amat terharu dan amat berbesar hati di atas sumbangan tersebut. Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja guru lelaki yang komited kepada kejohanan ini, malahan guru-guru wanita juga turut serta menyokong kejohanan ini.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.