Pasukan Utama Piala Pengetua SMK Putatan 2012

February 14, 2013 Leave a comment

Kemas kini blog Kelab Bola sepak SMK Putatan

February 10, 2013 Leave a comment

Untuk pengetahuan semua, cikgu telahpun berjaya meluangkan masa mengemaskini beberapa bahagian blog rasmi Kelab Bola sepak SMK Putatan. Antara bahan menarik ialah koleksi gambar MSSD Penampang 2013 dan juga gambar tahun lepas.
Layari bahagian Gambar/Galeri untuk melihat gambar-gambar yang telah dimuatnaik. Mungkin ia adalah gambar anda.

Selain dari itu, facebook kelab juga telah dikemaskini seperti juga bahan gambar MSSD dan MSSB.

Categories: MAKLUMAN AM

Pendaftaran Pemain Liga Bola sepak SMK Putatan musim ke-4 2013 di bulan Januari 2013

November 30, 2012 Leave a comment

Salam.

Liga kita akan dijalankan dalam bulan Mac hingga April 2013 sepertimana ditetapkan dalam takwim oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Walau bagaimanapun, pendaftaran rasmi akan dibuka dalam bulan Januari 2013, kemungkinan di minggu ke-3, untuk membolehkan setiap pasukan menyediakan pemain yang lebih kompetitif dan fit.

PASUKAN-PASUKAN sudah boleh mula mencari pemain seawal buka sekolah, boleh buat uji bakat/pemilihan/trial dan sebagainya serta mencari jurulatih masing-masing. PEndaftaran rasmi perlawanan kepada Cg Rithuwan hanya dimulakan dalam minggu ke-3.

Semoga Liga SMK Putatan Musim 2013 akan lebih meriah dan mendapat sokongan yang berterusan.

Jangan lupa juga yang pertandingan bola sepak peringkat daerah Penampang adalah dalam bulan Februari.

 

Categories: MAKLUMAN AM

QUEENS PARK RANGERS MELAWAT KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN 16 JULAI 2012

July 16, 2012 Leave a comment

SMK Putatan amat bertuah dan mendapat penghargaan dilawati oleh tiga orang pemain berserta beberapa orang kakitangan Queens Park Rangers (QPR) pada hari ini. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang amat bersejarah kepada semua warga SMK Putatan kerana buat pertama kalinya dilawati oleh pemain bola sepak profesional dari English Premier League.

Rombongan QPR tiba ke perkarangan sekolah lebih kurang 2:50 petang dengan menaiki bas persiaran berserta kakitangan mereka. Pemain QPR yang hadir bersama ialah Michael Doughty, Nedum Onuoha dan Max Ehmer.

Tetapi hanya Nedum Onuoha yang bermain dalam kesebelasan utama, manakala kedua-dua pemain lain adalah pemain yang sering dipinjamkan keluar memandangkan mereka pemain muda (kelahiran 1992) dan kini dipercayai kembali dan diberi peluang bermain untuk QPR. Apa-apapun perkembangan mereka bertiga tentulah seronok diketahui sepanjang musim 2012/2013, sebagai ‘pemain tetamu SMK Putatan’ tahun ini.

Laporan dan beberapa gambar eksklusif akan datang.

Berita mengenai sesi berjumpa peminat ini telah dilaporkan di dalam laman sesawang rasmi QPR di sini (english version).

Berikut adalah terjemahan laporan itu :

Tiga orang pemain dari skuad utama QPR menerima sambutan amat meriah di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu pada petang Isnin.

Nedum Onuoha, bersama-sama dua orang pemain muda profesional Michael Doughty dan Max Ehmer, telah melawat SMK Putatan – sebuah sekolah di mana guru-gurunya membimbing pelajar yang kurang mendapat peluang mengikuti aktiviti sukan – sebagai sebahagian daripada usaha murni Yayasan Inspirasi Antarabangsa.

Yayasan Inspirasi Antarabansa adalah satu janji dibuat oleh pasukan pembida London 2012 (Sukan Olimpik) untuk ‘mendekati orang-orang muda di seluruh dunia dan menghubungkan mereka dengan kuasa berinspirasi sukan permainan supaya mereka dapat beriltizam untuk memilih sukan’.

Program ini bertujuan untuk menggunakan kuasa sukan untukmemperkayakan kehidupan berjuta-juta kanak-kanak dan orang muda yang pelbagai kebolehan, baik di sekolah-sekolah mahupun dalam masyarakat di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara membangun, melalui kuasa usaha pendidikan fizikal, sukan dan permainan yang berkualiti tinggi dan serba melengkapi.

Aspirasi program ini ialah untuk mendekati 12 juta kanak-kanak di dalam 20 buah negara. Ketibaan mereka di sambut meriah oleh hampir 1,000 pelajar (dan kakitangan,) dan dipenuhi oleh jeritan kegembiraan.

Selepas sambutan ringkas daripada Pengetua, ketiga-tiga mereka bergerak ke padang sekolah, di mana pasukan sekolah – yang terdiri daripada remaja berusia antara 13 dan 25 tahun (ralat-19 tahun) – sedang menjalani sesi latihan bola sepak.

Di atas padang yang banyak akan dianggap tidak sesuai bermain, dengan permukaan yang tidak rata dan lopak besar, Onuoha, Doughty dan Ehmer mengambil bahagian dalam siri permainan pendek tiga lawan tiga , sebelum menandatangani autograf dan bergambar untuk gambar dengan mereka yang bernasib baik boleh mendekati mereka.

Acara CSR (Tanggungjawab sosial korporat-TSK) diakhiri dengan CEO Philip Beard menyerahkan beberapa ratus tiket percuma untuk menonton perlawanan persahabatan antara pasukan Pilihan Sabah dengan QPR malam esok (17 Julai) di Stadium Likas. Ia disambut dengan teriakan kegembiraan dari semua hadirin.

Terjemahan oleh Cikgu Rithuwan Nasir

Categories: MAKLUMAN AM

JUARA LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN MUSIM 2012

July 15, 2012 1 comment

Kejohanan Liga Bola Sepak SMK Putatan telah melabuhkan tirainya. Musim ketiga telah tamat dan tibalah masanya kita mengisytiharkan juara bagi musim 2012.

Berikut diumumkan bahawa JUARA LIGA Piala Pusingan Puan Hjh Azah Hj Ismail, Pengetua Cemerlang SMK Putatan, bagi musim kedua (2012), sekaligus mencipta sejarah dua tahun berturut-turut menjadi juara iaitu:

GALAXY FC!!!!

Tahniah kepada pasukan Galaxy di atas kejayaan tersebut.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Naib Juara Liga bagi musim 2012 ini pula jatuh kepada pendatang baru:

SMKP JUNIORS (U-14) FC!!!

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Juniors FC. Ini merupakan tahun pertama penglibatan langsung pelajar sesi petang (tingkatan 1 dan 2) dalam liga ini dan terus menyandang Naib Juara Liga.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tempat Ketiga Liga bagi musim 2011 ini pula jatuh kepada:

ACHIEVERS FC!!!

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Achievers. Pastinya semangat juang anda di dalam padang, bersemangat kenal dan pantang menyerah kalah, amat dikagumi. Tahniah sekali lagi.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Keputusan keseluruhan kejohanan bolehlah dirujuk di sini.

Selesailah sudah Liga Bola Sepak SMK Putatan musim ketiga, dan tahniah diucapkan kepada semua pemain liga, atau juga dikenali sebagai ‘budak bola’.

Jangan putus asa, musim kedua bakal menjelang tahun 2013. Mungkinkah persaingan sengit akan lebih terserlah? Kita sama-sama tunggu.

Semoga sukan menjadi wadah perpaduan, kecemerlangan kesihatan dan perkembangan jasmani pelajar di samping menjadi pemangkin kecemerlangan dalam bidang lain termasuklah akademik. Kami percaya sukan adalah kuasa ajaib yang mampu memberi inspirasi kepada anak-anak muda terutamanya pelajar SMK Putatan.

Akhir kata, terima kasih di atas kerjasama semua pihak menjayakan kejohanan ini.

Categories: LAPORAN PERLAWANAN

LAPORAN PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR DAN AKHIR LIGA SMK PUTATAN

July 15, 2012 Leave a comment

 PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR dan AKHIR

LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN MUSIM 2012 (kali ke-3)

 Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan Liga Bola sepak SMK Putatan peringkat separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir telah berjaya dijalankan pada 14HB. JULAI, 2012 (sabtu), di padang A, Stadium Mini Daerah Putatan.

Berikut adalah keputusan yang diperoleh:

SEPARUH
AKHIR 1

SMKP JUNIORS FC

lawan

WONDER BOYS FC

 

Masa : 8:00 – 8:50 pagi

 

 

 

 

SEPARUH
AKHIR 2

ACHIEVERS FC

lawan

GALAXY FC

 

Masa : 9:00 – 9:50 pagi

 

 

PENENTUAN TEMPAT

KE-3

PASUKAN KALAH
(LOSER)

SEPARUH AKHIR 1

 

lawan

PASUKAN KALAH
(LOSER)

SEPARUH AKHIR 2

 

 

Masa : 10:30 – 11:20 pagi

 

 

 

 

PENENTUAN

JUARA &

NAIB JUARA LIGA

PASUKAN MENANG
(WINNER)

SEPARUH AKHIR 1

 

lawan

PASUKAN MENANG
(WINNER)

SEPARUH AKHIR 2

 

 

Masa : 11:30 – 12:20 tengah hari

 

 

Laporan kejuaraan di dalam pos di sini.

Categories: LAPORAN PERLAWANAN

LAPORAN PERLAWANAN LIGA SMK PUTATAN – BAHAGIAN 2

July 15, 2012 Leave a comment

AKAN DATANG

Categories: LAPORAN PERLAWANAN

LAPORAN KEPUTUSAN LIGA SMK PUTATAN 2012 – BAHAGIAN 1

July 15, 2012 Leave a comment

AKAN DATANG

Categories: LAPORAN PERLAWANAN

PIALA SUMBANGSIH 2012 DAN LIGA SMK PUTATAN PADA 30 JUN 2012 INI

June 28, 2012 Leave a comment

Satu perlawanan merebut Piala Sumbangsih 2012 akan dijalankan pada 30hb. Jun, 2012 di padang A, Stadium Mini Daerah Putatan, tepat pukul 8:15 pagi.

Piala Sumbangsih merupakan satu perlawanan pembuka tirai kejohanan Liga SMK Putatan bagi musim ketiga tahun ini.

JUARA LIGA SMK PUTATAN 2011

LAWAN

PEMENANG PIALA SUMBANGSIH 2011

Rekaan Cg Rithuwan NasirTarikh : 30hb. JUN, 2012

Tempat : Stadium Mini Daerah Putatan

Masa : 1.  7:30 – 8:00 pendaftaran pasukan

Masa : 2. 8:15 sepakmula

Diharapkan perlawanan ini membawa kejayaan sepenuhnya Liga Bola Sepak SMK Putatan musim 2012 ini.

Sejurus selepas Piala Sumbangsih tamat, Kejohanan Liga Piala Pengetua SMK Putatan akan dimulakan mengikut jadual berikut:

Tarikh

Waktu
Sepak mula

Plwn.

Kump

Pasukan1

lawan

Pasukan2

30/06/2012
(Sabtu)

9:30 – 10:30

1

A

WARRIORS FC

lawan

SMKP JUNIORS

10:30 – 11:30

2

B

DORMKIDS FC

lawan

ACHIEVERS FC

1:30 – 2:30

3

A

GALAXY FC

lawan

DAREDEVILS FC

2:30 – 3:30

4

B

WONDER BOYS FC

lawan

GLORY FC

3:30 – 4:30

5

A

GALAXY FC

lawan

WARRIORS FC

Jadual baki perlawanan adalah seperti beri

PERINGKAT KUMPULAN

Venue : Padang A Stadium Mini Daerah Putatan

Tarikh

Waktu Sepak mula

Plwn

Kump.

Pasukan1

lawan

Pasukan2

07/07/2012
(Sabtu)

8:15 – 9:15

6

B

DORMKIDS FC

lawan

WONDER BOYS FC

9:15 – 10:15

7

A

DAREDEVILS FC

lawan

SMKP JUNIORS

10:15 – 11:15

8

B

ACHIEVERS FC

lawan

GLORY FC

11:15 – 12:15

9

B

SMKP JUNIORS

lawan

GALAXY FC

1:30 – 2:30

10

A

GLORY FC

lawan

DORMKIDS FC

2:30 – 3:30

11

A

DAREDEVILS FC

lawan

WARRIORS FC

3:30 – 4:30

12

B

ACHIEVERS FC

lawan

WONDER BOYS FC

PERINGKAT SEPARUH AKHIR DAN AKHIR

Venue : Padang A Stadium Mini Daerah Putatan

Tarikh

Waktu Sepak mula

Plwn

Kump.

Pasukan1

lawan

Pasukan2

14/07/2012 (Sabtu)

8:30 – 9:30

13

Separuh Akhir 1

Juara Kump. A

lawan

Naib Juara Kump. B

9:30 – 10:30

14

Separuh Akhir 2

Juara Kump. B

lawan

Naib Juara Kump. A

11:30 – 12:30/
2:00 – 3:00

15

AKHIR

Pemenang
S. Akhir 1

lawan

Pemenang
S. Akhir 2

kut:

SELAMAT BERTANDING. MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK SMK PUTATAN DAN NEGARA TERCINTA

MESYUARAT DAN UNDIAN LIGA BOLA SEPAK SMK PUTATAN 2012

June 27, 2012 Leave a comment

Satu mesyuarat dengan wakil-wakil pasukan telah dijalankan pada 27hb. Jun, 2012 (rabu) untuk memutuskan beberapa perkara berbangkit.

Antara perkara diputuskan ialah perubahan kuota pendaftaran pemain setiap pasukan.

Mesyuarat telah memutuskan bahawa kuota berikut diguna pakai untuk tahun ini.

T3

T4

T5

T6/PRA-U

6

7

7

3

Sepertimana tahun-tahun lepas, penyertaan pelajar Tingkatan 6/Pra-U tidak wajib. Walau bagaimanapun setiap pasukan mesti mempunyai kombinasi T3, T4 dan T5 dalah pasukan masing-masing. Bilangan minimum boleh didaftarkan bagi musim ketiga ini ialah 16 orang dan bilangan maksimum ialah 23 orang, termasuk pengurus atau penolong pengurus dari kalangan pelajar (jika ia turut bermain).

Mesyuarat juga telah membuat undian agihan kumpulan. Pasukan Galaxy FC dan Dormkids FC tidak perlu mengundi, sebaliknya mengambil tempat A1 dan B1 masing-masing.

KUMPULAN A

1             GALAXY FC

2             DAREDEVILS FC

3             SMKP JUNIORS

4             WARRIORS FC

KUMPULAN B

1             DORMKIDS FC

2             ACHIEVERS FC

3             GLORY FC

4             WONDER BOYS FC