Archive

Archive for January, 2011

29 Januari 2011, sepak mula Liga Malaysia 2011

January 29, 2011 Leave a comment

Kebanggaan warganegara Malaysia dalam kancah bola sepak sudah tentunya Liga Malaysia. Mulai tahun 2011, Liga Malaysia berwajah baru dengan penajaan baru dan semangat baru.

Piala Sumbangsih 2011 antara Selangor dan Kelantan membuka tirai musim 2011. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Kelantan dengan 2 jaringan tanpa balas. Sebagai perangsang semangat warga liga sekolah di sini cikgu nak kongsi video logo baru Liga Malaysia 2011 sehingga 2015.

Antara berita menarik juga ialah Terengganu menentang Sabah telah berkesudahan seri 0-0 yang bermakna Sabah berjaya memperoleh 1 mata pertama dalam Liga Super setelah lebih 6 tahun berkelana dalam Liga Premier Malaysia, iaitu liga tahap kedua tempatan.

Kepada warga KBSSMP, ayuh tahun ini kita gegarkan lagi padang bola sepak sekolah dengan penganjuran kejohanan liga dalaman kita dengan lebih sistematik dan berjaya.

Kita akan buat yang terbaik. Itu pasti.

Aktiviti Bola Sepak di bawah Dasar Satu Murid Satu Sukan 2011

January 15, 2011 Leave a comment

Penolong Kanan Ko-kurikulum telah menyatakan di dalam mesyuarat guru-guru baru-baru ini bahawa aktiviti permainan bola sepak diwajibkan di bawah dasar 1murid 1sukan. Di maklumkan juga, pihak ko-kurikulum akan mengagihkan pelajar-pelajar yang akan mengikuti permainan bola sepak sepanjang bulan Februari hingga bulan Jun 2011. Walau bagaimanapun senarai lengkap belum diperolehi.

Kami, pihak penganjur kejohanan liga juga sedang menanti lampu hijau dari unit berkenaan sama ada kejohanan liga kita ini boleh diteruskan dan dijadikan program 1M1S atau dianggap berasingan. Kita tunggu dan lihat.

Cikgu akan membuat pengumuman berkenaan perkara ini selepas mendapat maklumat lengkap dan sahih dari unit ko-kurikulum.

Categories: MAKLUMAN AM