Tip jurulatih muda

PEMILIHAN SAIZ SHIN GUARD/SHIN PAD

Setiap pemain bolasepak digalakkan, malah diwajibkan menggunakan pelapik kaki dalam setiap perlawanan. Persoalan yang timbul di kalangan pemain bolasepak junior, mahupun ibu bapa, ialah saiz sebenar yang sesuai untuk dibeli.

FIFA, walaupun mewajibkan penggunaan shin guard, tidak pula menentukan saiznya. Oleh itu, saya mencadangkan anda mengikuti garis panduan cadangan oleh pihak pengeluar. Pengeluar ADIDAS misalnya, ada mencetak cadangan saiz sesuai di plastik pembalut shin guard. Contohnya, pemain bolasepak yang berketinggian 5′ 2″ bolehlah membeli shin guard saiz M.

Tips mudah yang boleh diikuti ialah, cuba dahulu shin guard yang hendak dibeli. Panjang shin guard hendaklah tidak lebih daripada 2/3 panjang kaki dari buku lali ke lutut.

RUJUKAN SAIZ pelbagai jenama, KLIK SINI.

  1. epun_eiayn
    April 29, 2010 at 7:59 PM

    xda komen sal shinguard nie

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment