Home > LAPORAN PERLAWANAN > WOLVES MENCABAR GALAXY – BABAK SATU

WOLVES MENCABAR GALAXY – BABAK SATU

0 – 0

Perlawanan terakhir pusingan 3 antara Wolves FC dengan Galaxy FC menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan penuh semangat. Wolves sudah pasti menginginkan kemenangan sulung mereka manakala Galaxy pula mengidamkan kemenangan ketiga untuk kekal menyaingi Wonder Boys yang kekal di tangga teratas liga.

Perlawanan petang ini menghidangkan permainan amat menarik. Kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang dan serangan demi serangan dapat dilakukan. Namun begitu perlawanan terganggu oleh keadaan padang yang becak akibat hujan mula turun semakin lebat.

Perlawanan dapat diteruskan sehingga ke minit 23 separuh masa pertama sebelum dihentikan oleh pengadil perlawanan, En. Yahya Abas kerana keadaan padang yang tidak lagi sesuai untuk meneruskan perlawanan.

Mesyuarat ringkas dibuat melibatkan Pengurus Penganjuran, pengadil, dan kedua-dua pengurus pasukan.Diputuskan perlawanan ditunda terus petang ini dan akan disambung separuh masa kedua pada esok hari, tepat 2:00 petang. Perlawanan sambungan ini terpaksa dijalankan di waktu tersebut untuk memberi ruang kepada beberapa pemain Wolves yang mempunyai komitmen aktiviti ko-kurikulum yang lain.

Laporan akan disambung esok.

This slideshow requires JavaScript.

  1. May 8, 2010 at 7:19 PM

    ya tp sharil xsala..
    bukn dy yg tacle…
    tp p’main wolves yg bwt…
    sharil yg kna kad kuning…
    tp xpala dpt jgk bljar….tq

  2. May 7, 2010 at 7:24 PM

    sharil mcm mna bleh dpt kad kuning??
    bukn dy pnya sala..
    tp dy yg kna..
    xadil owWW..

    • cy arsenal
      May 9, 2010 at 8:47 PM

      Bola berada di kaki ‘last man’ Wolves (Wan Azraie) yg. mengalami kecederaan serius sebelum kejohanan bermula. Sharil telah meluru, ‘merujuh’ dlm. bahasa kampung. Agak keras dan membahayakan pemain lawan. Memang stailnya bermain begitu. Pengadil mesti melindungi pemain terakhir yg. memegang bola… daripada insiden yg. lebih berat. Bahaya dan boleh menyebabkan kecederaan adalah kesalahan serius yg. perlu hukuman langsung, kad kuning.

  3. May 7, 2010 at 7:13 PM

    galaxy bLeh dpt 3-2 wa..
    tp pngadil mcm berat sblah…
    mnta 2kar pngadil lw bleh??…
    k’sian team galaxy mean hbs2san..
    pngadil beri msa lbih pda minit2 t’akhir..
    spatutnya 1 minit tp lbih dri 1 minit..
    mcm xadil…

    • May 7, 2010 at 10:20 PM

      Soal adil tidak sepatutnya ditimbulkan. Pengadil perlawanan telahpun mematuhi amalan menambah masa dan pemberian ‘advantage’ kepada kedua-dua pasukan dalam masa tambahan. Sila rujuk kepada pihak penganjur tentang panduan dan peraturan berkaitan. Selepas jaringan ke-3 Galaxy, bola di kaki Wolves. Sejak mula tendangan tengah padang, bola tersebut kekal di kaki Wolves sehinggalah berlaku insiden asakan oleh pemain Galaxy yang menyebabkan Wolves mendapat sepakan percuma.

      Dalam keadaan demikian, pengadil mesti memberikan masa kepada Wolves untuk menyelesaikan sepakan percuma. Malang bagi Galaxy, sepakan percuma itu terus ke gawang dan mengatasi penjaga gawang. Hasilnya jaringan penyamaan Wolves.

      Jika advantage itu tidak diberikan dan gol terakhir tidak diambil kira, maka advantage juga tidak patut diberikan kepada Galaxy untuk jaringan ke-3 mereka kerana jelas masa sebenar perlawanan telahpun tamat. Tetapi dalam kes jaringan ke-3 Galaxy, bola di kaki Galaxy dan serangan sedang dilakukan. Pengadil patut memberikan peluang percubaan dilakukan. Malang buat Wolves, jaringan ke-3 tersebut menjadi.

      Diharapkan barcelona fc, dapat belajar sesuatu dari perlawanan hari ini. Bukan hanya bermain yang dipelajari, tetapi juga peraturan sebenar perlawanan bola sepak yang kompetitif.

      MAKLUMAN : Respons di atas tidak mencerminkan pendapat Jawatankuasa Rayuan. Sebarang ketidakpuas hatian bolehlah diajukan SECARA BERTULIS kepada pihak penganjur untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Rayuan yang dipengerusikan oleh En. Jayaraj Selvaraji, wakil penganjur dan pengurus-pengurus pasukan.

    • cy arsenal
      May 9, 2010 at 8:56 PM

      Pandangan Barcelona adalah subjektif, mengikut emosi dan berdasarkan andaian peribadi sama seperti Wolves yang mendakwa gol penyamaan pertama Galaxy sebagai ‘off-side’ kerana penjaga garisan telah mengangkat benderanya. Pengadil berlari ke arah penjaga garisan untuk mendapatkan penjelasan dan kemudiannya membenarkan jaringan berkenaan. Sekiranya pengadil membatalkan gol tersebut…….Galaxy layak untuk berputih mata..kerana Wolves juga beranggapan mereka sepatutnya menang 3-2. Anda bernasib baik kerana pulang dengan 1 mata..

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment